Saturday, May 26, 2012

Iman bukan warisan.


Assalamualaikum dan hai.



Mood datang balik. hehe

Entry kedua di petang sabtu ni. plis jangan tanya nape aku macam takde keje sangat. p belek entry aku yang ni. tau la nape. plis kay, jangan spoilkan mood aku. haa. tau takot.


Al maklumla. idea terlalu banyak nak mencurah, tapi masa ngan thesis bataskan frekuensi aku. taknak hilang idea punye pasal, aku siap tulis lagi idea idea ni kat notebuk. tunggu masa je nak conteng kat sini. haa, sekarang da masa duk depan muka, ape lagi. hangus aku goreng ni ha. 


So sape sape yang takde hati nak baca entry aku, tapi da terfolo, hehe maapkan saya ye. mennyerabutkan dashboard anda.



motip gamba=0. hehe




Amboih, ko nye intro. da cukup nak buat satu entry. kata makcik limah balik rumah kepada aku. dan aku tak menjawab, sebab aku hormat makcik limah balik rumah.



Bila aku tengok kat sekliling aku. baru aku paham maksud satu lagu nasyid tu. kalo korang ingat, ade satu lagu nasyid, aku lupa da tajok dia. lirik die camni.


"iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa "



Aku perasan mende ni baru je. suspek ni biar aku bagi nama dia K la ek.(bukan nama sebenar).so setakat yang aku tau, ayah K ni imam. da kata imam, sah sah la slalu ulang alik masjid. takpon semayang mesti jemaah. bacaan surah dalam solat pon panjang panjang. setakat yang aku dengar citer, kalo dalam famili dia pon, 5 waktu semayang tu pon mesti jemaah satu famili. alhamdulillah, aku kagum sebenarnya.


Cume aku pelik. aku tengok K ni bese je. tak macam yang die citer masa dia kat umah. semayang pon takla awal waktu sangat. pakaian pon macam bese je. tapi takdela sampai melekat pakaian kat tubuh, takla sampai camtu. i mean tak macam anak imam la.


So. ayat dalam lagu tu memang betol sangat. benda ni aku tengok depan mata. proved. aku takla kata aku bagus sangat nak citer pasal iman iman ni. aku pon biasa je. setakat semayang dan ngaji Quran tu, aku cuba sedaya mampu aku. 


Aku copy ayat dari i luv islam.



Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. iman juga tak dapat dijual beli. jika diniagakan, rugilah kepada yang kurang upaya. Justeru, Maha Pengasih serta Maha Adilnya Allah adalah dengan meletakkan syarat bahawa Iman itu sesiapa boleh dapat. Tidak mengenal bangsa, kulit, kaya, miskin, rupa dan sebagainya. Namun jika sudah memperoleh, jangan pula dipersia!



Sekian tazkirah hari ini. jumpa lagi. teguh iman teguh akhlak.:)





p/s: aku bersyukur aku Islam. insyaAllah bukan hanya pada nama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...