Friday, October 28, 2011

Sayu.


Assalamualaikum dan hai.


28 Oct 2011. ni entry yang ke 100. caye tak? selama lebih kurang 2taun aku berblogging, ni baru entry yang ke 100. yup, baru ke 100.

Asalnya, masa aku post entry ke 99 ari tu. dalam hati aku duk pikir, nanti entry yang ke 100 aku nak post entry yang best-best. yang hepi-hepi. tapi ntahla, ari ni aku menulis, hati aku rasa serabut, sayu dan macam nak nangis. terlalu banyak perkara yang buat aku stress. mungkin aku yang terlalu pikir pasal poblem-poblem ni. tapi sumenye datang pada masa yang sama. rasa macam aku tak cukup kuat nak hadapi segalanya sorang diri. tapi selepas aku blogwalk jap tadi, aku ade terbace satu blog. lepas baca blog tu, baru la aku rasa tenang cket. special thanks untuk penulis blog tu. maybe kita tak saling kenal, tapi entry ko seolah olah bagi aku satu harapan dan semangat baru. walaupun tak banyak, terima kasih sangat.


Susah rasanya nak type sume masalah aku kat sini. sebenarnya dalam hati ni nak sangat luahkan semuanya. tapi rasanya hati dan jari tak sehaluan. jari tak nak hati aku sedih. sedangkan hati perlukan jari jemari untuk melorekkan entry suram ni. biarla. cukup sekadar memberi gambaran kesedihan dan kesayuan tu ke wall blog ni. well, life is beautiful right? a lots of ingredients, sweet and sour are the tastes.


Otak aku rasa serabut. dalam hati lagi la. sume ade. sedih. marah, geram, stress. sape ade ubat untuk sume ni? plis tolong aku. aku ketawa, aku gelak. tapi dalam hati hanya Allah yang tau. 



aku amek quote ni dari satu blog yang wat aku senyum je bile bace entry-entry beliau. yup, i just folo her.




p/s: da lama tak tulis entry suram takde lampu camni. adeh, sebak le plak.huhu.

Sunday, October 23, 2011

Tahniah terengganu.

Assalamualaikum dan selamat petang.


Yuhuu, ganu menang doe! haha. walaupun aku duk jauh di perantauan. tp aku still nak share kemenangan ni same-same ngan sume rakyat jelata terengganu darul iman.



Ni ha. manaf score. dengan tapak kaki je wa cakap sama lu. haha.

video


saje mengeshare. bangga ni bangga ni.



p/s: aku sampai abes kedit kol adik aku nak tau perkembangan bola malam tadi. fanatik tak fanatik tak.hehe

Sunday, October 16, 2011

Budak sekolah.



Hai dan assalamualaikum.


Kabare sumenye? adeh. time ni den tongah poning ni. weekend ni terisi ngan pengadapan journal je. kalah student master. degree je pon. journal plak fuh dia punya ayat, amerika sungguh. aku rasa da macam omputeh da aku. tapi kan siyes. bm aku pon tak brape tajam da skarang. kalau p clas, lecturer bagi slide dalam bm, boikot doe suh tukar bi. haha. bajet genius ni.


Genius aku skarang tak same ngan genius masa sekolah rendah dulu. haa. baru ingat. kalau entry aku seblom ni aku ade stori mori pasal sekolah tak bape nak tinggi aku, ni lak alkisah skolah menengah aku.


Entry seblom ni aku ade citer pencapaian terhebat aku zaman kecik-kecik. upsr 5A je pon, takde pape la. so consequences dari tu, bila masok skola menengah, aku diwajibkan masok clas first. lagi satu system takleh blah, konon-konon student upsr yang pandai macam aku, kire compulsory la duk clas ni. kelas KRK. skolah korang ade? KRK stands for kelas rancangan khas. tobak aku rasa masa tu macam oku je. duk kelas khas-khas ni. 


Aku rasa kisah sekolah menengah aku takde la sebest skolah rendah aku. tapi siyes untuk kali kedua, time aku form1 aku p jugak interbiu pengawas sekolah. mula-mula kami 10 orang yang p, sume terpilih. tapi malang tol nasib aku, aku tersingkir untuk kedua kalinya. dan untuk kedua kalinya jugak, aku diofer untuk jadik pengawas perpustakaan. time ni aku da jadi minah library cket, so aku terima la ofer tu. salah satu sebab len aku terima, baju pengawas skolah kaler ijau. haha.ijau putih. da macam orang politik aku ase.



Tapi tak lame pon karier aku jadik librarian tu, blom abes form 3 aku senang ati je letak jawatan. boring doe duk library. haha. time ni cikgu library bengang giler kot ngan aku. yela. mayb dia baru ingat nak lantik aku jadik penolong ketua librarian, so bile aku da drop jwtn tu, secara otomatiknya hilang la seorang yang berkaliber kan. haha. sian dia.


Aku rasa karier skolah menengah aku takde la best sangat selain aku adalah sorang yang sangat nerd masa skolah dulu. siyes, nerd! henfon pon takdek ko tau. tak macam sekarang. adek aku baru form4 da ade 3jenis enset. tu pun da 3 or 4 kali tuka. betol! fakta ni. kalo dulu nak ngorat-ngorat pon tak main la aipek ataupon tachskrin macam skarang. stakat surat tulis cibai-cibai pon jadik, pastu letak bedak sebakul, fuh boleh cair jugak tu. tapi aku tak penah dapat surat cinta. haha. sadis lagi. sebabnya masa skolah menengah aku tak bape tergolong ngan golongan gedik nak kapel lagi. well, tym tu baik lagi kan.


Memang aku tak penah kapel. tapi kan, dulu aku penah jugak dikenen-kenenkan dengan sorang dak clas aku. mula-mula marah la jugak kan. tapi lama-lama suke lak. haha. tym ni da gedik cket. masa ni kan, siyes aku malu-malu je ngan dia. tapi kan, dalam clas tu dia la dak laki yang paling rapat ngan aku. sebab tu la kot kawan aku suke kenenkan aku ngan dia. meja dia kat depan. slalu kalau tym cikgu takde, aku suke p kat meja dia. haha. gedik giler kan? bila pikir balik, napela tak malu sangat aku masa tu.


Paling sedih, masa tu lak dak laki tu cakap yang dia ade minat kat sorang budak satu dorm skali ngan aku. dan-dan dia mintak aku jadik posmen! haha. giler sedih aku masa tu. hatiku bagai dirobek-robek.haha. sadis gila lagi skali. tapi aku redha. aku jadik posmen yang paling bagus masa tu. surat mesti sampai tepat pada masa. ade info pape cepat je aku infom. senang citer kalau aku keje jadik posmen, knpem 1 hari da abes surat aku anta. haha. bongok jugak perumpamaan ni. tapi tu kisah dulu. semua tu tersemat kemas dalam kamus hidup aku. kadang-kadang bila bukak balik memori hidup aku, senyum sorang-sorang je. sumenye da tinggal sejarah. siyes aku rindu zaman sekolah.


Disebabkan kenerdan aku masa sekolah, aku jadik kesayangan cikgu aku. sir hamdan, cikgu shidi, ustazah latifah. wah siyes rindu dulu-dulu.



 ni aku. kawan aku tak comei cket je dari aku.haha. koya.



Ok babai.




p/s: aku ade tulis diari dulu. tapi da diselongkar oleh adek aku. so aku terus bako. kite bako je!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...