Thursday, August 4, 2016

Produk keluaran AH Beauty

Assalamualaikum and hai.

Panasnya cuaca. sepanas otak aku. dan sesakit kepala aku. eh.

Post kali ni berkaitan AH Beauty. ramai yang tanya, AH Beauty ni apa lagi produk yang ada? takkan krim malam, krim siang dan sabun je kot. aiyaaa cik siti, jangan cepat sangat jump into conclusion. actually we have a lot. dan korang pon sure terkejut tengok list yang ada. sampai tak tau nak pilih hehe


yang ni set sabun and scrub coffee. bau coffee tu kan sampai rasa nak makan je sabun dia. haha


Btw, produk tanpa pengelupasan ni merangkumi banyak produk untuk penjagaan muka dan badan sekali. i told you right.

Ok so jom check list yang ada. and feel free to choose pastu contact me ok. +60134257758 :) Harga murah dan keberkesanannya dijamin tau.

1. Set kulit kering / normal (RM60)
***********************
  • 1 Facial soap 25gram
  • 1 Day cream 10++gram
  • 1 Night cream 10++gram
2. Set besar 3in1 (RM100)
*********************** 
  • 1 Facial soap 50gram
  • 1 Night cream 20gram
  • 1 Day cream 20gram

3. Set kulit berminyak/kombinasi
***************************
a) Trial set sabun cair 3in1 RM90
  • 1 Facial wash 100ml
  • 1 Day cream 10++gram
  • 1 Night cream 10++gram
b) Set besar RM110
  • 1 Facial wash 100ml
  • 1 Day cream 20gram
  • 1 Night cream 20gram
4. Set Kulit berjeragat / resdung

a) Trial set 3in1 RM80
  • 1 sabun jeragat  80gram
  • 1 Night cream 10++gram
  • 1 Day cream 10++gram
b) Set besar RM110
  • 1 sabun jeragat 80gram
  • 1 Day cream 20gram
  • 1 Night cream 20gram

5. Set pencerahan RM80
  • Strawberry whitening yougurt cream 30gram
  • Strawberry whitening yougurt soap 25gram

6. Set Combo Coffee RM40
  • 1 Coffee soap
  • 1 Coffee scrub

** Add on
  • Toner 60ml RM30
  • Serum 30ml RM40

Ok yang di atas adalah untuk set muka. tak compulsory pn beli yang set. boleh beli yang loose item. jom cekidout kat bawah untuk loose item ok. 
  • Serum 30ml RM40
  • Toner 60ml RM30
  • Facial soap normal 20gram RM20
  • Facial soap normal 50gram RM30
  • Facial wash 100ml RM40
  • Coffee scrub 50gram RM30
  • Coffee soap 2pieces RM30
  • Coffee soap 1piece 25gram RM20
  • Masker 50gram RM30
  • Strawberry whitening yougurt cream 30gram RM50
  • Strawberry whitening yougurt soap 25gram RM35
  • Body lotion 50gram RM30
  • Day cream 20gram RM40
  • Night cream 20gram RM40
  • Moisturiser 20gram RM40
  • Milky soap 5pieces RM25
  • Sabun jeragat/resdung 80gram RM35
  • Kapsul mutiara asli (10biji) RM60
  • Face& body bar soap 110gram RM40


Mak aih panjangnya aku taip. senak perut rasanya. berpinar pinar mata. by the way, some of items aku belom highlight lagi keberkesanan dan kelebihan penggunaanya kan? in sha Allah one fine day aku cerita okay.


Sesape yang berminat, nak cantik please contact me directly +60134257758 for your trusted seller.
AH Beauty produk terbaik berasaskan bahan semulajadi tanpa kandungan kimia yang boleh menyebabkan penggelupasan dan kepedihan.

Jom cantiksss!


Bye!

Thursday, July 28, 2016

Pantai Kelulut


Assalamualaikum and hai.

Agak lama tak mengepost di sini. actually aku sekarang a bit busy. sekarang aktiviti mengaudit aku da start. ikotkan every week aku outstation. cuma kadang kadang kalo schedule postpone, baru la aku berpeluang untuk apply cuti. macam esok hehe

Ehh by the way, aku just go through info pasal Pantai Kelulut, Terengganu. tengokkan gambar, perghhh memang syahdu plus terkedu la. lawaaaa oi. teringin nak pegi honeymoon kat situ. orang kata selagi belum berbadan dua, spend the time sharing your love. tambah tambah dengan yang halal, tak gitu? hehe

 

 

 




I told you. this is Pantai Kelulut. kena pulak duduk tepi pantai sambil makan keropok lekor, sotong celup tepung, ikan celup tepung, sata. wahhhhh heavennyaaaa!

Tak sabar nak ajak encik hubby pergi. hehe. kalo la ada kesempatan. sekarang ni nak cuti lama macam hampeh. bos asyik mngungkit dia da bagi aku cuti kawen panjang panjang, huhu sabor jela.

sedapnyaaaa. b nakkkkk niiii


Kalo berkesempatan pergi cuti raya haji nanti, aku share sini eh. hehe kene tanya bigboss dulu ;p


Ehh bos da mengerling. haha jumpa lagiiii.

Muah muah.

Bye!
 

Monday, July 18, 2016

Testimoni AH Beauty

Assalamualaikum and hai.

Hari isnin, monday blues. ehh monday green. sebab baju hari ni hijau. 

Ohh Allah, mood ting tong sikit sebab rindu mr husband. tak tau la bila ada masa nak jumpa. sedihnyaaa pjj.

By the way, hari ni rasa terpanggil nak share testimoni testimoni AH Beauty. mereka mereka yang da berjaya cantik dengan product kami. product keluaran bumiputera yang diyakini dengan kelulusan KKM. 


passed well u know haha


Ok sekarang kita review testimoni berjaya. kalo korang nak jadi salah seorang dari mereka ni, come join us! place your order now. +60134257758 FIZA



















Cantik kan depa? ahha..utara sekaliii. tapi seriously, cantik gebu gebas dengan penggunaan AH Beauty ni. Banyak sangat kalo nak share semua testimoni yang ada. cukup untuk kali ni. so apa tunggu lagi? jom la cantik sesama uolss!!


Nak order? contact me +60134257758 FIZA.=)


Lambat cuba lambat la cantik hehe


Bye!


 

Friday, July 15, 2016

AH Beauty Untuk Semua

Assalamualaikum and hai.

Sambungan entry pasal produk kecantikan terbaik yang aku share dalam entry sebelom ni. kali ni aku nak share semua product keluaran AH Beauty ni. dan isi kandungan or bahan yang digunakan. dijamin bahan bersih berasaskan sumber semula jadi dan diyakini.


Paling penting dijamin dengan kelulusan KKM tau.

Jom cekidaut!

OK. 1st skali kita tengok 5 langkah mudah penjagaan kulit muka anda dengan AH Beauty.

Ok, paling bagus korang ikot step ni. mudah dan in sha Allah berkesan dalam masa 2 minggu. nak kulit putih, cantik dan berseri, jangan malas malas tau.

Yang ni adalah trial basic set. ada krim malam, krim siang dan facial soap. set basic ni RM60 je taauuu.:)

Set trial basic ni sesuai untuk semua jenis kulit. dan sesuai untuk lelaki mahupon perempuan. sesape yang mengalami masalah kulit kusam, kulit gelap tak sekata, berjerawat dan kulit berminyak sangat digalakkan mencuba set trial ni. 

Dari tadi aku duk sebut kandungan semula jadi kan. ni aku share bahan atau kandungan yang terdapat dalam produk istimewa ni. yang paling pasti, no chemical based at all! tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan of course la sangat selamat digunakan.:)

Main ingredients:

1. Gam lebah - berfungsi menganjalkan kulit dan awet muda
2. Gliserin - memastikan kulit lebih lembab
3. Aloevera - memperbaharui sel sel kulit mati 
4. Virgin coconut oil (yang ni bukan saje sesuai dimakan tau, siap dicampur sekali dalam produk kami. konfem meletops uolls! heee) -menanggalkan parut jerawat dan parut lama
5. Vitamin A, C and E - sebagai antioksidaa, agen pencerah semula jadi
6. Argan oil - menghilangkan parut dan melembabkan kulit
7. Acid kojic - mencerahkan kulit

Selain tu jugak, ape yang pasti ianya tiada pengelupasan tau. produk ni membaiki kulit muka anda tanpa pedih pedih dan merah merah. kan best tuuu.:D aku tak kata saja, aku sendiri alami. memang aku tak pernah alami pedih dan muka merah2 sepanjang aku guna product ni. seriously.


Aku jugak nak kongsikan kelebihan 3 item asas dalam product ni. sebab tu aku kata produk lain tak sebest AH Beauty. hehe

1. AH Beauty Day Cream SPF30++
  • membantu merawat kulit dari penuaan pramatang
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • membantu melindungi kulit dari sinaran UV
  • membantu mencerahkan kulit sambil merawat kulit dari jeragat dan jerawat
  • memudarkan parut jerawat

2.  AH Beauty Night Cream
  • membantu merawat kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • mencerah, melembut dan menganjalkan kulit
  • diperkaya dengan minyak biji anggur, minyak roseship, estrak sengkuang, vit A C E, aloevera dan estrak rumpai laut.

3. AH Beauty Facial Soap

  • membantu membersihkan wajah dengan sempurna dari kotoran
  • memberi kelembapan dan kelembutan kulit
  • diperkaya dengan air mineral, air zamzam, asas sabun, minyak jojoba, estrak rumpai laut, estrak minyak roseship, vit A, C dan E, gliserin, I-glutathione and lavender


Haaa amacam? ade kelas gitu kan? siyesly best wei. aku tak nak cantik sengsorang. jom cantik sekali guys.

Bukan saja para awek je boleh cuba, abam abam ensem yang mementingkan penjagaan diri sangat la dialukan mencuba.:)

Jom contact me FIZA +6013-4257758 untuk harga istimewa ni.

Jangan tunggu lagi. mereka dah cantik, korang bilaaa?? hehe

Jangan risau, nanti aku share testimoni yang pasti buat korang terpegun. perubahan yang sangat ketara dengan penggunaan AH Beauty. lawaaaa...


Bye!

Produk Kecantikan Terbaik

Assalamualaikum and hai.

Refer to the subject above. haha skema.

Actually ramai yang tanya aku, aku pakai product apa sekarang. sebab kalo sape yang kenal aku dari dulu, muka aku memang da banyak sangat perubahan. kulit lebih cerah sekata. kalo dulu gelap and berjerawat sikit sikit, sekarang alhamdulillah, kulit makin cerah dan merah blushing tanpa perlu rasa malu. haha

Malu sekarang bila orang puji kata makin cantik dan berseri. macam dorang, korang pon mesti nak tau kan cemane aku bleh bertukar to the better one?

Sape yang pernah dengar tentang product AH Beauty?



she is the pengasas.



Untuk pengenalan, aku try guna AH Beauty ni da lebih kurang 2 tahun. awal awal tu aku pon tak berani berani nak try product ni. tapi actually aku kenal pengasas ni, she is my senior at Unimap a long time ago. haha macam la lama sangat je da tinggal Unimap.

Bila baca testimoni, tengok bahan bahan asas dia, semua menggunakan bahan semula jadi je. aku terus rasa yakin. start dengan set asas, (AH Beauty Day Cream SPF30++, AH Beauty Night Cream and AH Beauty Facial Soap), aku maintain guna selama almost 3 months. and guess what, it goes really well. kulit muka aku nampak perubahan. jerawat kurang naik, kalo naik pon cepat je kecut balik, kulit muka makin cerah. paling best, ramai plak tu yang tegur. yang puji tak yah cakapla. haha best gile. korang tak nak try?

Paling penting untuk kesan cepat korang kena rajin. penggunaan konsisten. jangan skip skip. terutama krim malam. yang ni selalu orang skip. kesan tu cepat tak cepat la, dalam masa 2minggu in sha Allah da nampak perubahan.

Aku kalo boleh memang nak sangat share testimoni diri sendiri. tapi aku kurang berselfie. tapi jap aku try jugak cari untuk korang. pakai 360 banyak la dulu hahahaa.


Ok. aku yang kedua dari kiri.

Korang tengok sendiri aku dulu camne. ni masa aku tahun 2 di unimap. lebih kurang 6tahun yang lepas. kulit muka hampir nak sama dengan kaler tudung. betol tak? haha


Ni gamba aku bulan April tahun ni 2016. tu anak sedara. anak sendiri coming soon in sha Allah.


So u guys nampak tak perubahan tu. tu baru testimoni sendiri. ade lagi testimoni yang lagi clear yang akan menyusul lepas ni.


So u guys taknak try ke? tak nak cantik untuk diri sendiri? untuk suami? ataupon untuk boyfie?

Eh jap, actually AH Beauty ni pon sesuai untuk lelaki tau. nanti aku share testimoni ye. nanti nanti. yeee tunggu. 


Haha pilihan di tangan anda. in sha Allah nanti aku share kelebihan product ni, cara nak pakai dan testimoni berjaya untuk tatapan semua.

Jom cantik dengan AH Beauty?

Contact aku yang da berjaya cantik haha FIZA 0134257758. :)

Bye!



Wednesday, July 13, 2016

Raya lagi

Assalamualaikum and hai.

Second post about my raya.

Kali ni my story is more on baju raya. caya ke tak, baju raya aku tahun ni 5 pasang. haha kalah budak budak baru nak up. haha. tak tau la benda aku pikir, asyik rasa nak beli je. pantang berkenan. sampaikan ada satu jubah yang tak terpakai. haha

Hari raya pertama bertemakan biru. Dark blue actually. adik aku la mulanya nak tema dark blue ni. konon konon satu family nak kaler ni. sampaikan mr husband skali aku ejas jadik kaler biru jugak. dia da la pantang bebenau dengan biru ni. opsss. tapi last last, adik aku tu takde pon kaler biru. kaler coklat sorang sorang dia. baju raya pon beli malam raya. haru betol pas berbuka, semayang magrib, siap siap ke kuantan. dengan cuaca hujan berangin lagi. memang haru betol.

So raya pertama kami, mak, aku n husband #teamrayabiru, dikti #teamrayacoklat sorang sorang, alang and ayah #teamrayapurple. memang warna warni aidilfitri betol. 

Actually aku beria beli banyak baju raya ada sebab sebenarnya. sekarang aku tinggal dalam family baru, family mr husband. dorang kadang malam malam pon berbaju kurung. aku yang selama ni kalo malam, just seluar track n tshirt, harusla start behave especially bila duk umah mentua. (kalo kat umah sendiri, aku macam bujang je. haha)

Raya kedua baju kaler peach. baju ni aku beli sebab aku suka design dia. kaler dia mr husband yang pilihkan. btw beli online je ni. haha size pon main amek. tapi alhamdulillah fit well. as I lost almost 8kg, I upgrade from L size to M size. alhamdulillah. tapi target tak achieve lagi ni, sikit je lagi in sha Allah. al maklumla pas raya, naik sekilo haha. btw jom close out my 2nd raya outfit.:)

baju raya kedua. haha cilok gamba entry lepas je. ;P  
 

ye nampak muncit, aku tau. belom lgi, belom baby bump lagi. haha


Raya ketiga baju raya kaler magenta. takde pulak gamba nak share. baju ni jenis kain berat camtu. aku silap amek size L, and besar plus labuh. bahu jatuh. tapi mr husband cakap ok da, aku je rasa macam gedabak. haha yes, he likes to see me wearing the plus size outfit. :P

Raya keempat aku di rumah mr husband. kebetulan ada kenduri sepupu dia. majlis menyambut menantu. baju ni aku grab masa teman dikti cari baju raya malam raya ritu. terberkenan, harga rm100 je, kena dengan size, aku pon ape lagi. mengeleng2 mr husband tengok aku. tak kisah asalkan aku happy katanya. haha padahal mesti trkejut dengan perangai boros aku haha.

ni baju raya keempat. btw ni sepupu mr husband. merangkap sepupu ipar aku la. eh ade ke sepupu ipar?haha. gamba ni nampak full sikit baju raya aku. aku suka baju ni. design dia cantik and shaping elok dan tak ketat. kaler pon nice nice je. :)
 

Tapi what I want to share here, dalam berbelanja kita jangan membazir. beli tapi tak pakai. actually aku tunggu jemputan open house je ni, nak pakai jubah lagi satu tu. haha alasan sangat kan.

Trend taun ni baju raya berdokoh. not berdekah dekah ok. aku tak brapa minat. satu pn baju raya takde yang berdokoh ni. jap, tau dop dokoh tu cemane? jap aku google untuk korang. nak citer lebih lebih pon takot tak paham, abeskan air liur je. haha  


this is what we called as dokoh. macam macam bentuk actually, ade petak, bulat segitiga, munge munge n macam macamla.



Korangnye baju raya camne? ade ke yang macam aku tak minat dokoh dekoh ni? haha. aku je kot kuno sikit. latest design tak minat.


Okay abes entry baju raya. tunggu next entry untuk kasut raya, kuih raya, tudung raya, biskut raya dan macam macam raya. tu pon kalo rajin ngapdet. ahhahha gelak besar ko eh.


Ok bye!  

Monday, July 11, 2016

Syawal 1437H

Assalamualaikum and hai.

Dear all, wish u Selamat Hari Raya!!

Mintak ampun andai kata ada salah silap, mintak halal kalau ada termakan terminum. mintak maaf kalo terkasar bahasa dalam pertuturan. ikhlas mohon keampunan kepada semua yang mengenali.

New experience on this raya. to be with a life partner, called as mr husband. what a beautiful new life I gain!

Raya pertama tahun ni kat umah ceneh. sebabnya sepupu husband punya kenduri raya ke4, so takkan nak berulang alik kan. bukan dekat, 4jam oi tanpa henti. so nak taknak, mr husband kene berkorban sikit la taun ni. haha

Raya kali ni banyak yang lain. duit raya kena spare banyakkk gitu. untuk parents kene spend double sebab taun ni da ada 2 parents. (hikhik maluuu). then untuk adik adik, belah mr husband, he got 6 sisters and 2 brothers. termasuk mr husband sendiri, 9 beradik. haaa maunya tak berganda nak kena standby duit raya taun ni. kakak ipar yang pemurah ni. haha

Btw cuci mata jom tengok gamba gamba raya kami.




Hari raya pertama di ceneh. #teamrayabiru





2nd Syawal. kami ke kuala terengganu dan kole berang melawat dan beraya. masa ni mak duk perkenalkan menantu baru dia kat makcik pakcik kat kampung. so sweet of us. :P

Ni raya ke 4. baru lepas kenduri, kami melepak kat pantai called as Gelora Beach Resort. so nice. bachok ni memang banyak pantai. seronok rasa macam nak mandi pantai. harap baju lawa sangat je. haha

Raya ketiga tak sempat nak bergambo. kami gerak ke kelantan jam 8.30am cmtu, jurukamera duk tido lagi haha.


Al kisah raya nanti aku share lagi. setakat ni dulu. adios!


Bye!



Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang indah lagi barokah ni, marilah sama sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. tak sangka ni jumaat terakhir ramadan kali ni. jumaat depan da boleh makan di siang hari. haaha

Awal intro nak bagus je kan. actually hari ni hari terakhir kerja sebelom raya. yeayyy. esok da nak balik klate. tapi raya kali ni tetap raya kat ceneh. yeayyy skali lagi. huahuahua gelak jahat.

Pagi tadi macam biasa la ade taiso, and then ade morning market kejap. update sesikit sebab hati da duk kat kampung kan. haha. last skali sesi bermaaf maafan sesama kitorang. haji datang mintak maaf sebab tak approve cuti aku. hahahaa. skali rasaa macam lawak lak. sakit hati sebab cuti tak approve. tapi normal la kan? baik korang angguk.

Husband cakap, aku ni mudah sejuk. rasa macam tak je. sebab amek masa sampai 2-3 hari jugak nak sejuk tu. haha. tapi da haji baru mintak maaf kan.so not my fault. :P

 


Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi menjengah ke blog picisan aku ni. maaf zahir dan batin. kepada sahabat sahabat yang mengenali, aku mintak banyak keampunan sepanjang perkenalan kita. semoga ukhwah yang terjalin ni berkekalan sehingga ke akhir hayat. mudah mudahan. aamiinnn.


Kepada mereka mereka yang bakal menempuh perjalanan (termasuk aku), hati hati di jalan raya. semoga perjalanan kita diberkati dan dilindungi sentiasa oleh Allah swt. ingat orang tersayang. haishh rindu mr hubby! haha tetibe.


Bye semua. selamat hari raya! nak nyanyi pun suara sedap sangat pulak.


Tuesday, June 28, 2016

Aku takde kuasa.



Memang aku berdendam.

Tengokla. benda yang ko buat ni, satu hari kena kat ko balik.

Sampai mati aku ingat.

Aku benciiiiiiii!

Seminggu Sebelum Raya

Assalamualaikum and hai.

Salam 23 Ramadan 1437H. kejap gila masa. ari ni masok ari ke 23 kita umat Islam berpuasa. pejam celik pejam celik minggu depan da raya. rasa macam tak sangka pon ada. macam kejap sangat masa berlalu. canggih sangat ke jam zaman sekarang ek, sekarang ni pon da hampir masuk jam 10. kul 10 rehat. haha tu je nak cakap.

Entry di kala otak di rumah hanya jasad di opis. mood nak beraya je ada ni. bagus betol aku tengok teammate aku, semangat nak kerja ada lagi.

Tiba tiba teringat borang cuti aku. aku apply cuti 1hb7. kalo kira prorate cuti aku, bulan 7 ni still ada 2 ari. yela, ritu masa kawen aku abeskan prorate sampai june je, so balance untuk july kalo ikotkan ada lagi 2 hari. tapi aku tak paham nape haji cakap cuti aku da takde. entah la, rasa macam nak kenyek kenyek je. nak lepas geram huhu. tak kira ar, aku tetap nak cuti jumaat ni. aku da kira kot prorate aku. eeeiii, geram weh.

Ntah la. rasanya dari tahun lepas haji asyik tak puas hati dengan cuti aku. macam tahun lepas, aku selalu outstation. so dia anggap aku jarang ada kat opis, so nak tambah cuti lagi. masalahnya bukan aku cuti, aku outstation. eii betol betol wat aku stress. sebab kawan kawan yang lain rilek je amek cuti. takde la dia nak ungkit ungkit. ntah pape. sakit pulak hati kita.

Eh by the way, korangnya preparation raya ok? aku so far ade 2 pasang baju raya. plannya nak lagi. haha tamak. in sha Allah kalo sempat nak cari masa balik kelantan nanti. tapi kan, akhir2 ramadan ni kan, makin letih lak puasa. ke aku je yang rasa camni? korang ok ke puasa? kalo kira awal awal puasa dulu aku rilek je. tak rasa letih sangat pon puasa. tapi akhir ramadan ni macam makin kuat pulak cabaran dan dugaan hahaa.

Ok. minggu ni minggu kutip segala kuih kuih raya yang dah diorder. kalo siang hari ni, meleleh leleh air liur terliurkan kuih raya. cuba kalo malam hari, tengok je pon da rasa kenyang. memang tak mampu walaupon setakat nak amek rasa.


Jumaat ni aku nak cuti jugak. tak kira. misi balik ke kelantan. and harap harap tak jem. rindu mr. hubby. drive la rasanya. kete family hubby nak guna.


pinjam gamba kuih raya orang haha






Selamat hari raya.


Wednesday, June 15, 2016

Cerita Spa di Pamper Me Spa

Bismillah.

Assalamualaikum and hai.

Bila ingat ingat balik, rupanya banyak pending items yang aku lupa nak update. banyak story yang aku janji nak gtau kat sini, aku lupa. haha maapkan patik. antaranya pasal spa pengantin tu, tips kurus by coach nana and last one pasal kahwin. haha nanti patik cite one by one ye. ni pon curik curik masa kat opis je. report tak siap lagi ni oi.

Aku start dengan spa pengantin la. so alkisahnya 14 May adalah tarikh yang sepatotnya aku pergi ke spa tu. and guess what, one day before, mak aku admitted to hospital kemaman. T.T. mulanya aku ingat nak cancel da booking tu, tapi aku tak sampai hati. sebab orang spa tu beria ria wasap aku nak confirm appointment. segan lak nak cancel. last last aku pergi jugak. sabtu tu aku mintak tolong ayah jagakan mak di hospital. terasa teruknya.:(

Pamper Me Spa ni terletak di bangunan kwsp di Pekan, sebelah area Taman Mentiga,iaitu area umah sewa aku. so aku sampai kat spa around 10.30 gitu. janji kul9 sebenarnya, tapi sebab aku pergi dari hospital kemaman, so jauh sangat, bertolak da awal, tapi sampai lambat jugak.

Camni la lebih kurang deco dia. aku suka deco kat situ, rasa nice je.


So untuk pengantin, aku amek pakej Diamond iaitu RM266 per person. antara perkhidmatan yang dorang bagi
  1. Lulur full body
  2. Mandi susu
  3. Urutan Aromatherapy
  4. Clinique facial (aku upgrade hair spa)
  5. Foot soak
  6. Hair wash
Oleh sebab ni first time aku pergi spa, so aku tak tau sangat camne procedure dia. aku highlight cket untuk korang korang yang spesies sama macam aku tak pernah p spa ni ye, tapi bagi sesape yang da biasa, layankan ajela hehe. so sebelum start rawatan tu, aku dibawa ke bilik persalinan untuk tukar pakaian. semua perlu ditanggal dan ditukar kepada pakaian yang disediakan. termasukla pakaian dalam.

Aku dibawa ke bilik lulur. baring je, and dorang sapu skrub lulur ke seluruh tubuh. masa ni geli sebab tak pernah ada orang sentuh sampai camtu skali haha. lebih kurang setengah jam jugak, sampai aku hampir tertido. then dibawa ke tab mandi untuk mandi susu.

Mandi susu ni best, rasa lembut je badan. ditemani cahaya lilin dan lagu romantik. ishh kalo la da kawen masa tu. hahahhaa. dorang biarkan aku sendiri dengan mandian susu tu sampai kecut jari iols. mandi susu ni untuk putihkan kulit, katanya la. lepas tu terus putih. takyah pakai quputeh da. haha. dalam 20minit lepas tu, sorang kakak datang, pimpin aku keluar dari tab dan bawak ke bilik mandi. darah manis katanya, kena jaga jaga. so dia pimpin betol betol. haha rasa macam puteri lak.

Mandi cucikan susu tadi sebelum aku dibawa ke bilik urutan aromatheraphy. yang ni baring sampai tertido. serius aku tertido. dia urut seluruh badan. waktu tu aku kesejukan, sebab baru pas mandi n baring dalam aircond. tu yang sampai tertido tu. urutan ni paling lama. aku rasa dalam sejam lebih jugak. ehh lupa nak gtau, adik aku pon amek diamond pakej, tapi sequence rawatan dia ubah sikit, tak sama la. adik aku start dengan hair spa dulu.

Lepas urut, sedar tak sedar da pukul 2 lebih. gile, perut aku kruk kruk. kakak tu bawak aku makan dulu. btw dorang ada sediakan makanan, kuih muih dan air milo. sebab lapar sangat, aku telan je. tapi tak abesla, sebab manis. cukup untuk alaskan perut.

Lepas makan, continue untuk hair spa. yang ni pon lama. dia cuci, then kepala dia biar dalam oven bulat tu. haha aku taktau pebenda nama dia. berasap asap. then baru cuci balik, keringkan dan sikat. serius rambut lembut gila. rasa nak g lagi je.

Last skali footsoak and manicure. yang ni kejap je. tapi masa tu da hampir pukul 4. dalam kepala aku pikir, tak zohor lagi. korang pikir sendiri la brape lama nak abes semua treatment tu. dekat 6 jam oi. memang penat nak tunggu abes. pelik sebab adik aku abes dulu treatment, dan dia tunggu aku for almost one hour. sian dia.

Aku tak pasti korang dapat gambaran ke tak tentang treatment yang aku amek ni. sebabnya aku tak boleh nak amek gamba sngat dalam tu. enset pon disimpan dalam loker elok elok. nak bergambar memang tak la.

Keseluruhannya, bagi aku treatment kat sini aku bagi 3.5bintang la. hair spa paling aku suka. cumanya terlalu lama sampaikan aku boring. tapi yelakan da banyak treatment, memangla lama. pasni kalo datang pon maybe da tak amek pakej. aku nak hair spa je.haha

Untuk korang yang tinggal dekat dekat area pekan ni and berminat nak cuba servis Pamper Me Spa ni boleh whatsapp owner dia +6014-8169000 ataupon direct ke spa dorang yang terletak sebaris dengan KWSP and secret recipe Peramu Jaya, Pekan.

Maaf kalo post ni tak membantu sangat. aku just cerita pengalaman. and kalo korang ada better spa to promote here, please do so. hehe kot kot boleh try jugak.;p

Selamat berspa!

Tuesday, June 14, 2016

Hari Bahagia

Assalamualaikum and hai.

It has been more than a week I changed to 'Puan' title.

Alhamdulillah, majlis aku dan pasangan telah selamat berlangsung. Syukur sangat dipermudahkan segalanya walaupon macam macam masalah menimpa. aku malas nak citer kisah kisah sedih tu hari ni. bia aku simpan dulu.

Tarikh keramat 20 Mei 2016 aku selamat diijabkabulkan dengan pasangan Muhammad Qamarul Badruddin bin Kamarudin. seorang guru sekolah agama, 3 tahun lebih berusia dari aku. 21 Mei 2016 majlis berlangsung dengan baik.

Dan tanggal 4 June 2016, 2 hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, orang bachok selamat menyambut aku datang terlebih dahulu. hehe. majlis bertandang sebelah lelaki.


Sekadarnya untuk entry ni, citer panjang menyusul nanti. part sedih, kami pjj.:(


I is feeling tuyusss! ahaha

Thanks b. I love you!

Part ni lawak. cincin xmuat haha. rupanya cincin dia nak sarung jari kelingking. aku g sarung jari manis. memang xmuat la. hahhaa

Berkerut kerut muka dengar tok imam cakap. pasal lama sangat. naik kebas kaki kaki. hahaa



Semoga aku menjadi isteri solehah untuk suami tercinta. aamiiinnn.




p/s : kawen tu best! ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...