Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang indah lagi barokah ni, marilah sama sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. tak sangka ni jumaat terakhir ramadan kali ni. jumaat depan da boleh makan di siang hari. haaha

Awal intro nak bagus je kan. actually hari ni hari terakhir kerja sebelom raya. yeayyy. esok da nak balik klate. tapi raya kali ni tetap raya kat ceneh. yeayyy skali lagi. huahuahua gelak jahat.

Pagi tadi macam biasa la ade taiso, and then ade morning market kejap. update sesikit sebab hati da duk kat kampung kan. haha. last skali sesi bermaaf maafan sesama kitorang. haji datang mintak maaf sebab tak approve cuti aku. hahahaa. skali rasaa macam lawak lak. sakit hati sebab cuti tak approve. tapi normal la kan? baik korang angguk.

Husband cakap, aku ni mudah sejuk. rasa macam tak je. sebab amek masa sampai 2-3 hari jugak nak sejuk tu. haha. tapi da haji baru mintak maaf kan.so not my fault. :P

 


Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang sudi menjengah ke blog picisan aku ni. maaf zahir dan batin. kepada sahabat sahabat yang mengenali, aku mintak banyak keampunan sepanjang perkenalan kita. semoga ukhwah yang terjalin ni berkekalan sehingga ke akhir hayat. mudah mudahan. aamiinnn.


Kepada mereka mereka yang bakal menempuh perjalanan (termasuk aku), hati hati di jalan raya. semoga perjalanan kita diberkati dan dilindungi sentiasa oleh Allah swt. ingat orang tersayang. haishh rindu mr hubby! haha tetibe.


Bye semua. selamat hari raya! nak nyanyi pun suara sedap sangat pulak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...