Friday, August 26, 2011

Ular.


Hai. assalamualaikum.

Haa. amacam, seram tak bace tajuk entry aku kali ni? seram tak seram tak? haha.
Sape suka ular? ade tak sesape yang amek ular jadik adik angkat ke, anak angkat ke? hehe. comei je. kalau sebut ular ni, teringat mak aku. mak aku pantang bebeno bab ular-ular ni. even aku just cakap pasal ular pun, mak aku akan geletik-geletik body. macam aku la. kalau aku tengok gelang getah gitu gak. geletik-geletik jadinye.

 

Sebenarnya aku nak citer pasal ular ni. aku mimpi ular. korang penah mimpi ular? mimpi ni aku alami dua malam lepas. orang cakap tak baik kita citer pasal mimpi, tapi aku tertanya-tanya sebenarnya pasal mimpi ni, tu yang aku terasa nak mengeshare kat blog ni.

Camni la lebih kurang ceriteranya. waktu tu aku naik motor ngan mak aku. tiba-tiba aku nampak 2 ekor ular. satu besar satu kecik. ular besar tu nak makan ular kecik tu. tapi aku ngan mak aku tak masok campur la urusan depa, takot jugak nanti kami yang kena. so kitorang pun blah dari situ.

Pastu kitorang sampai kat 1 jambatan. kat jambatan tu ade 2orang macik ngah nak lalu ikot jambatan tu. tapi dorang tak dapat lalu sebab ade banyak ular duk atas jambatan tu. konon konon tym tu aku jadik hero la. aku p tolong macik-macik tu, aku bace ayat kursi, terus dapat lalu. tapi tibe-tibe kan. ade sorang lagi macik datang. macik tu kononnye tuan punye ular tu la. dia cakap kitorang bole lalu kat ctu, cume jangan berpaling. kalau tak ular tu akan makan. mulanya aku nak patah balik sebab mak aku ade kat sana, tapi sebab taknak kene makan kat ular tu, aku ikot macik 2orang tu. sampai la kat Balok. aku pn tak tau nape Balok yang jadik pilihan. lawak-lawak, hehe

Amacam mimpi aku? korang paham tak? macam budak-budak bercerita kan? tapi tu citer original tu. aku takde tokok tambah pun. 

Bila aku bangun nak sahur pagi tu, aku still teringat mimpi tu. aku ade citer kat mak aku. nak tau mak aku cakap pe?
Mak aku kata.

" Anak dara mimpi ular? ade makne tu. ntah-ntah orang Balok nak datang mintak."

Haha. korang paham kan? mak aku ni pun. 

" Ish, taknak orang Balok. kakcik nak orang Baling." haha. aku jawab.


p/s: harap-harap tak masin mulut mak aku tu. heehe

2 comments:

Tukang Karut said...

ada orang nak masuk meminang la tu... mana tau raya2 ada pulak yang terberkenan...

fiza said...

hehe..x kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...