Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011 milik terengganu.

Assalamualaikum.

Waduh-waduh, gawat sih! sini sana orang duk citer pasal perlawanan bolasepak malam tadi. aku pun turut serta la. of coss! aku tengok kan? hehe.

Giler hebat manaf mamat semalam. biar la orang nak cakap ape, tapi aku salute la kat beliau. yela2, joseph kalang cat pun bagus gak. tapi nak manaf mamat jugak.hehe. hebat dia semalam. kerap cari peluang nak bolos gol kelantan. akhirnya kalah jugak si khairul fahmi tu. keh3

Mujur la aku sempat jugak sms kat manaf semalam. sebelum game.

 " gudluck ye awak." . ok. aku tipu. jangan pecaya la. 

Kegembiraan yang teramat mendorong kegatalan tangan aku untuk mengupdet status kat fesbuk. 

ganu menang! yeay!

Fuh, giler ramai yang ngelike. ofcos rakyat jelata ganu yang ngelike tu. tak mungkin anak jati cik siti wan kembang sebab mesti la dorang tak puas ati aku post camtu. tapi..ade aku kisah?

Pas aku post tu kan, ada la yang comment kat situ. ade komen mnyokong, ade gak komen nak marah.(nak aku gtau ke orang yang marah ni orang ane? takyah kot kan?)

Ok, part tu aku tak la kisah sangat. yang wat aku angin sikit, ade lak yang siap tag aku,konon nak bantah pe yang aku cakap. korang nak tau pe dia ngomong?

" kebetulan je tu pn..kalu daudsu x wat gol ko ganu,klate meney doh...daudsu beci kelih player ganu xwat gol lg...haha "

Panas aku. nak marah tol. aku tak balas pon komen tu, sebab aku takot gado besar nanti. bahaya jugak isu-isu negeri ni. aku pulak jenis anti bile ade orang kutuk negeri aku. tapi  takyah la aku cakap sape gerangan yang mengutarakan komen yang tak sedap didengar ni, sebab aku da rasa nak marah ni.

Ishh. cool beb. cooolll!!

Pape pun, sekalung, seguni, setapperware, sedozen tahniah aku ucapkan kat player ganu. tahniah buat korang. terime kasih sebab membanggakan kami rakyat ganu darul iman. semoga kalian akan terus success and gudluck untuk liga super lak. jadikan kemenangan kali ni sebagai pendorong untuk terus mencapai kemenangan dan kecemerlangan pada masa akan datang. 

Terasa panjang berjela lak ucapan aku. agak-agak ade x player ganu yang bace ye? yang lain aku tak kisah sangat. tapi aku berharap jgak manaf mamat sudi singgah baca entry ni.keh3

Last sekali, terasa mahu menyumbang suara yang lunak merdu ni. aku nak nyanyi lagu negeri ganu sikit boleh?  macam da lama je tak nyanyi lagu ni. last aku nyanyi rasanya masa sekolah menengah. ke salah? ntah. siyes. aku lupa.

Berdiri tegak sume!

Allah selamatkan tuanku sultan, terengganu darul iman..
Allah daulatkan tuanku sultan, sejahtera sepanjang zaman..
Allah rahmatkan tuanku sultan, memerintah rakyat amannn...

Ok, bole duduk semula.


ku sangkakan penyu bakal menangis, rupanya kijang yang patah kaki. (ni bkn ayat aku. copy paste je.)


p/s: aku sure sangat yang si pengomen tadi tu jeles bangat ganu menang. tu la. jangan cakap lebih sudu dari kuah. (wah..patotla BM aku A1.hehe)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...