Saturday, June 11, 2011

Kahwin.

Assalamualaikum kum kum. hehe.

Tengah asyik-asyik duk layan ulangan maharaja lawak yang minggu lepasnye, datang sorang pakcik and makcik. sekelamin la kalau ikot panggilan mak aku.

Haa. lagi satu undangan perkahwinan. yang ni entah ke brape da sampai kad kawen. tapi alhamdulillah la, orang nak bina masjid kan, bagus pe. kita tolong la raikan. tak gitu?

Sepanjang cuti sem 4bulan ni, wah giler ramai nak kawen. cepat betol dorang sampai seru kan. aku yakin mesti ada student-student yang akan kawen jugak dalam masa cuti ni. naik2 sem nanti je, da boyot. keh3

Takpe la, da jodoh sampai awal. best pe kawen awal. bole gak elak macam-macam perkara tak elok. tapi aku tak sampai turn lagi. ngah tunggu giliran gak ni. haha. giler gatal kan? tau da. mak aku pun cakap gitu bile aku sebut hal kawen ni depan dia.

Baru-baru ni ade sepupu aku kawen. tapi kali kedua la. (opssss!! tersasul sudaa). tapi tak kisahla. kita doakan dia bahagia ngan suami baru dia tu. janganla sampai ade yang ketiga. heee

Bagi aku, nak kawen ni bukan senang. banyak aspek kita kena bersedia. bukan setakat zahir, tapi batin jugak kena cukup bersedia. haa, jangan pikir bukan-bukan. bukan gitu maksud aku. tapi yela kan. pas kawen, macam-macam kita kena tempuh. hubungan ngan mak ayah mertua, suami and adek beradek belah suami kita kena jaga. tambah-tambah kita yang pempuan ni. bukan senang nak get along ngan family suami. kalau kita ni menantu kesayangan tu lainla. tapi kalau kita ni sebaliknya?

Tu blom cakap soal bajet. sebelom kawen ngan selepas kawen. fuh, berpeluh dowh! masa kawen nak grand2 bagai, tapi pas kawen sengkek. takde maknenye. sebab tu la dalam islam sendiri melarang kita berlebih-lebihan. wat sekadar termampu dan besederhana je. takyah la nak wedding of the year bagai. 

Eh, tapi bukan niat aku nak halang orang bina masjid. sikit pun takde niat. siapa la aku nak ubah takdir Allah kan?

Tapi best jugak kawen ni. haha. sape taknak kawen? mesti takde punye. sume nak kawen. sume nak rasa nikmat hidup berumahtangga kan?

Ish. pe la kawen-kawen ni. lambat lagi la. 




Pape pun, selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang akan bertukar status. selamat menjalani kehidupan yang baru. selamat bertukar status.

p/s: Ada makna aku cakap siaran ulangan tu. hehe. tapi takde kot pihak astro yang baca blog aku ni.

3 comments:

Unknown said...

betol2..nak kawen kene buad bnyak persediaan :)

Budak Botak said...

Nak kawin, nak kawin, he3...

Entry terbaru -> Ini Jadinya Kalau Tak Belajar Jawi... (",)

fiza said...

@syrupmasin: tu r..kne btol2 redy..kawen bkn utk shri dua je..

@budakbotak: wahh. nak kawen jugak..nak kawen jugak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...