Tuesday, March 22, 2011

bila jiwa ngah kacau..sape ade ubatnye?

bila hati rasa terluka. bila jiwa terasa parah. 

sakit. sakit hati. sedih. terluka. terguris.
sejuknya tiupan angin malam seolah-olah memahami hati dan jiwa aku yang sedang berduka. dunia bagai mengerti tika dan saat ini aku memerlukan seseorang untuk meluahkan.


sikap memujuk dan dipujuk menjadi perkara biasa untuk mereka bergelar pasangan kekasih. menjadi lumrah tatkala merajuk mahu dipujuk, tatkala sedih mahu ada yang memahami dan mengambil berat. apatah lagi jika ada yang dikasihi walaupun jarak memisahkan. hati perlukan dia. jiwa inginkan dia. tapi tahukah dia?

tapi menjadi masalah kah bila tidak tahu memujuk? mungkin. memujuk dengan ayat-ayat manis, ayat-ayat cinta yang indah.emm. sememangnya suatu yang amat indah. tapi kekurangan meleraikan segalanya. salahkah kalau tak tahu memujuk? berdosa kah kalau tak reti memujuk?

bila hati terasa rindu. jarak memisahkan dengan ruang yang cukup luas. hati rindukan dia. adakah dia juga begitu?

cinta jarak jauh sememangnya menguji. kepercayaan, kesetiaan menjadi aspek penting untuk menjaga dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin. 

bila kepercayaan tergugat, bila kesetiaan dipandang enteng, semuanya tiada nilai. berbakul-bakul sms dihantar. berguni-guni kata cinta diluahkan. tapi andainya semuanya hanya mainan lidah, maka terluka hati yang merindu.


p/s: hanya dia di hati. harap dia juga begitu.=(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...