Sunday, August 12, 2012

Jam, raya dan bus.


Assalamualaikum and hai.





Tinggal 10 malam terakhir ramadan, rasa macam kejap sangat masa tu jalan. aku tak pasti dia jalan or berlari. sebab terlalu laju. sape eh yang cipta jam? makin canggih makin laju je aku tengok. tak menyempat nyempat je jalan. ishh.


Sekarang ni hidup aku da lain. kalo dulu aku berseronok tunggu hari raya kat umah, siap sempat create kuih raya baru ciptaan sendiri, tapi tahun ni lain macam je. shari sebelom raya bakal sampai umah. sayu tak sayu. mujor bukan hari raya. baju raya sempat beli sepasang je. tu pon pakai duit mak. tak sempat nak beli baju raya pakai duit sendiri tahun ni. terasa terkilan jugak. ingatkan tahun ni raya aku bermakna sikit ngan baju raya hasil dari gaji first aku. tapi nampaknya tak sempat. 


So raya kali ni, aku terpaksa aim orang lagi nak cekau duit raya. aku muda lagi ok. takde gaji lagi. so kiranya boleh duk dalam kategori orang yang berhak terima duit raya lagi. haha.


Raya tahun ni insyaAllah suma ade kat umah. abang, angah n family dia, dee, teh, aku, kak and adek ti. sume cukup termasok mak dan ayah. so ayah and teh adalah mangsa yang aku aim untuk duit raya tahun ni. kehkehkeh. angah takleh aim sangat, sebab kedekut. haha. ops, raya tahun ni skali lagi angah sarat pregnant anak kedua. kalo dua taun lepas putri, kali ni lak insyaAllah boboy lak. semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna, insyaAllah.


Well, tahun ni raya first aku raya bukan lagi sebagai sorang student. bukan lagi calang calang budak kecik. ye aku da besar. da layak cakap soal kawen mawen. da cukup umor sangat da. cuma aku belom bersedia dari pelbagai segi. even dari segi zahir dan jugak batin. takot sebenarnya nak menempuh alam yang baru camtu, sebab tu aku rasa diri ni still tak ready lagi. cakap cakap boleh la, nak lalui tu belom kot.


So raya kali ni aku harap akan jadi raya yang terbest. teringat masa kecik dulu dulu kalo time raya. waaa. kalo tak abes semua umah aku p kat kawasan kampung aku tu, selagi tu aku tak balik. kejenye nak kumpul duit raya je. bila p umah macik macik yang bagi duit raya cket, punya la mengumpat belakang. padahal sebelom tu bukan main salam mintak maaf bagai. haha. kenangan kenangan.


Aku tak sabar nak balik raya. yeay!






p/s: balik jumaat ni naik extra bus. semoga semuanya selamat je. insyaAllah.:)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...