Saturday, April 30, 2011

Berdebar, cuak, neves, nalem.

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Fuh..gembiranya rasanya, hati ku gembira. macam lagu, tapi macam silap lak liriknya. tp ade aku kisah?

Aku gembira banget sebab aku kat umah sekarang. makan cukup, tido cukup, mandi lama mane pun takde nak kesah. kecuali ayah aku la. sebab beliau yang bayar bil air bulan-bulan. duk umah, malam first da layan maharaja lawak. haha. giler betol aku gelak sorang-sorang malam tadi. orang lain? huh, da boring tengok tibi agaknya. tak macam aku ni, da berkurun kot tak tengok iklan kat tv3. astro sume tu. yela. kalau tak, sebelum ni memang sume iklan kat ctu aku hapai. ntah la, tak taw nape cepat sangat melekat dalam pale. kalau bace note, harus 2,3 kali baca ayat sama bru nak paham. tu baru paham, tak lekat lagi tu.

Oke, cukup untuk intro.

Ni ha, aku nak gtaw pasal latihan industri ni. adoiii, cuak la makkkk. kalau ade sape-sape berminat nak taw aku wat praktikal katne, aku wat kat sebuah company kecik kat Kemaman. name dia FM PLASTICS INDUSTRIES SDN BHD. yup, plastic. busuk x? ntah la. aku tak taw lagi macam mane keadaan sane.

Isnin ni aku stat masok praktikal. ya Allah, cuak, neves, berdebar sume ade. permudahkanlah sume urusanku ya Allah. yela mane tak nalem, aku sorang-sorang je lak tu. mak aku pon da macam risau da aku nak p sana. mujo dekat ngan umah, boleh gak mak aku survey tahap keberanian aku masok keje. haha.

Neves tol bila pikir. yela, aku mane penah p keje sume camni. maw lak kat company wat barangan plastic camtu. memang la company kecik je pon. tapi tetap namenye company kan. kene berdepan ngan ramai orang. menurut pandangan yang berpengalaman, first impression tu penting. ramai gak membe-membe yang bagi nasihat. sumenye lebey kurang camni la.

" fiza, ilek je. ko jangan neves sangat. tapi jangan lak overconfident. wat macam bese. ingat, dorang yang evaluate ko. kalau ko nak dapat results baik, pandai-pandai la. paling penting, ko jangan tunjuk pandai. wat macam tak taw pape. ko nak g sana nak blaja, bukan nak tunjuk pandai bagai. ingat tu."

Emm. time kasih atas nasihat tu. aku mesti ingat punya.

Tapi ade satu nasihat ni. aku berasap gak r dengar. nak marah kang, sayang. hehe

" first impression tu penting. jangan duk wat perangai budak-budak tu. tukar jam tangan tu. tak maw la gamba katun-katun lagi. kasi matang siket."

Hah, amacam, makan dalam punye nasihat kan? taw la. jam aku tu macam budak tak cukup umo. eleh. tapi awak jugak yang pilihkan untuk saya kan? jangan wat-wat lupe ye.;p

" fiza. penting jugak ko jangan bantah pe dorang suh. tapi jangan la dorang suh bukak baju ko wat jugak. pikir la weh. jangan buat hal. nak boikot nak marah sume. jangan nak buat taik nak mogok bagai. kang tak pasal-pasal ko repeat Li ni."

Wah, tang kene repeat tu aku taknak dengar tu. huh, maw kene blasah kat ayah aku? try la kalau nak rasa rotan buluh menyentuh blakang badan ko.

Nyway, thanks sume atas nasihat tu. aku hargai sangat. eksaited pun ade sebenarnya ni. waaaaaaaaaaaaa..ya Allah, permudahkanlah segalanya. siyes cuak weh!




p/s: ni la masanya aku nak blaja drive sendiri. da berkulat lesen dalam purse tu. walaupon baru P.hehe

Thursday, April 28, 2011

Da abes exam..kite enjoy!! (ala-ala nora danish JAMBU)

Soooo..kite enjoyy!!

Yeeehaaa. exam da abes. da takde keje sangat kan. haha. aku kuar lepak berdua jela ngn kawan aku. yang lain sume da balik da. huhu

Aku ngan linda, berjaya melepakkan diri kat PIZZA HUT kangar. dowh, first tym kot kami kuar berdua main terjah je pizza tu. gile kentang kan. haha. bukanla nak kata kami ni jakun, cume pizza tu bukan standard kami sebenarnya. yela. selera budu belacan je kami ni.

So, dengan langkah berani mati, kami terjah pizza tu. masa tu dalam purse masing-masing ade RM15 je. terpikir jugak, silap hari bulan kami tak cukup duit nak bayar makan, tak memasai kami main sabun cuci pinggan. nayaa!!

Tapi gile sengal. kami pergi jugak. ahh tak kire, alang-alang kaki da melangkah ni, kita teruskan jugak ye linda. cuci pinggan pun cuci pinggan la. haha.

Kebetulan pulak, kami tengok pizza ngah wat promotion. 50% discount. wahhh. ni da kire rezeki. sebenarnya discount makanan ni berbeza mengikut hari. macam kami pergi hari rabu, ade roti masin-masin tu, plus sup ala-ala campbell yang best tu plus pizza kecik sebesar tapak tangan raksasa.

tu roti masin-masin plus sup campbell best tu. pastu air revive. (revive charge len taw!)

Kami pun stat makan. sedang syok-syok makan. tiba-tiba



haa. ni ha. sampai lagi satu roti. abaikan yang hilang cket tu. da selamat masok perut da pon. haha


Kami pelik. kami order satu set ke dua set tadi? yang peliknya sampai roti je, sup campbell comei-comei tu takde lak. padahal da la roti ni satu set skali ngan sup tu. aku ngan linda makin blurr da. yela, kami kan jakun. huhu


Kekonpiusan ni tak influence kaminye selera pon. aku lapo, masuk jela. haha. tiba-tiba kan, datang sorang pakcik ngan 2orang anak dia. pakcik ni macam pregnant, da macam da dekat due da aku tengok. tapi sebab lapo, aku tak pedulikan pakcik tu. mulanya ingat nak tanya jugak da scan ke babygurl or babyboy, tapi aku batalkan hasrat aku sebab taw pizza depan mata menanti untuk disuap.

Secara tiba-tiba, pakcik tu tegur kami. 

"Boleh kenyang ke makan benda ni ek?"

Aku jawab

" Benda ni kenyang jap je. satgi lapo balik.hehe"

Aku senyum. da la tanya macam-macam pakcik. saya lapo ni. (dalam hati aku la cakap)



Makan punya makan. da tiba tym nak bayo. aku ngan linda agak curious la. bape ringgit la kene ni. kang tido kat pizza aku malam ni. sambil main sabun cuci pinggan.

Nak taw bape?


haha. mujo cukup lagi duit. lawak tol la.


Tapi bile kami perati resit tu, pening cket. ntah la.

Kami pulang dengan perut yang kenyang. tapi sebelum tu kami sempat p stesen bus nak ucapkan slamat jalan kat kawan kami, SAFI yang naik bus pulang ke kampung halaman malam ni.

p/s: masa kat pizza tu. ade sorang abg pizza tu duk ushar kami. dia boleh agak kot kami ni jakun. haha.

eh, takde lak gambo pizza tangan raksasa kan. haha. aku lupa. takpela. pizza murah je pon.





Wednesday, April 27, 2011

yey! alhamdulillah..

Merdeka! merdeka! merdeka!

Haha. aku bukan baru bangun tido ye. jangan salah paham. jangan duk pikir aku nak raya cepat-cepat sebelum puasa. 31 ogos sama ngan 1 syawal kan? betol x? ke salah?
Sebenarnya aku baru saja meraikan kemenangan aku menjawab paper last untuk final exam semester ni. yey! ETHNIC RELATION. dan alhamdulillah aku berjaya menjawab dengan jayanya. terima kasih yang tidak terhingga kepada Lt. Abd Jalil Ramli kerana telah memberi banyak tips dan hints yang sememangnya berguna. jangan lupa bagi A++ ye! haha. taw da lecturer tu takkan baca blog aku ni.

Tapi jadual exam semester ni sebenarnya agak padat. paling takley blah, paper ENGINEERING MANAGEMENT, ENGINEERS IN THE SOCIETY ngn ETHNIC RELATION, 3 hari berturut-turut. pale otak tak sempat nak rilek. giler ah. 

Mula-mula dlu, paper MATERIALS THERMODYNAMICS, masa ni aku dengan bangganya berlagak seperti seorang engineer yang berkaliber. nape aku kata camtu? sebab masa exam paper ni, aku demam plus keciritan biritan. haha. dalam dewan exam yang begitu sejuk, temperature around -ve value i think. (taw da aku melampau).tapi tu la, sejuk giler. mayb keadaan aku yang buat aku rasa camtu, padahal orang len takde pe pn.

Pastu paper ENGINEERING MANAGEMENT, sekarang aku bertukar watak jadi seorang pakar ekonomi. adoi, ingat senang ke main tukar-tukar profession ni? silap hari bulan bole jem pale otak tau. soalan punyela payah. adoi.. helo?? ingat kami ni pakar ekonomi terbilang ke? we are engineers ok! so agak kesedihan cket hari tu disebabkan paper ni. pape pon aku da usaha setakat termampu, segalanya aku berserah. aku tawakal.

Followed by paper ENGINEERS IN THE SOCIETY. paper ni alhamdulillah, ok la jugak. warm-warm nails orang kata. tapi warm lebih sikit kot. paper ni pn aku betol-betol da usaha. terasa seperti menjadi seorang lawyer yang amat disegani. haha. ape taknye, dengan law-law bagai. HIRWAN JASBIR pon kalah. sape tak kenal HIRWAN JASBIR? korang memang r. lawyer terkenal tu.

Lastly, paper tadi. ETNICS RELATIONS. fuh gila kentang jawab soalan td. kentang pun tak giler camni. sume soalan dalam tips kot. sebab tu jawab pon laju je. seperti mencurah air ke ladang gandum. siap ade konferen lagi di akhir rancangan. haha. memang takleh blah la weh.

Pape pun, rasanya semester ni aku lebih berusaha bagai. so, aku harap results aku nanti pun berbaloi dengan usaha aku ni. tak nak lagi jadi macam semester lepas. kalau sem lepas siyes rasa macam nak benti blaja. aku berdoa dan tawakal semoga keputusan final exam aku semester ni tak jadi macam semester lepas, tapi jadi macam result first year aku. aminnnn.


p/s: nak taw x? HIRWAN JASBIR tu memang lawyer pon. tapi dia da break up ngan profession tu, sekarang dia jadi lecturer ENGINEERS IN THE SOCIETY. hehe

Saturday, April 16, 2011

Misai yang lebat itu..hehehe!


Huh! da lama rasanya aku tak menghiburkan diri sendiri dengan keluaran entry terbaru aku. maybe sebab hari-hari aku da terhibur ngan entry-entry baru dari rakan blogger yang lain. yela, mana taknya, macam-macam cerita. tergelak sorang-sorang aku duk baca. sape nak gelak jugak? boley-boley. sape rasa nak senyum je sokmo, boley click sini. sape rasa nak jiwang sikit-sikit, boley baca sini. sape minat acara biru biru, haa sini banyak. haha, sory der, wa nak pomot blog lu je. jangan marah.haha 


Ni. sebenarnya aku ade citer best. yup, ikotkan memang aku da janji previous post was my last post. tp nak wat camne. ni kes tak ley elak da. citer ni takley pospon2, kang lupe.


Emm. ari ni tak ujan. so takde la kitorang berkejar-kejar. kitorang tu refer kat aku, baiti dan rakan lain. (bukan takmaw mention, tapi orangnya selalu berubah-ubah, yg 2orang ni jela yang menten.)


So, disebabkan ari ni ari sabtu, kitorang terpaksa kuar awal dari library. sebabnya library bukak sampai kul 5 petang je. (selalu sampai kul 11malam).


Yela, da kata kua time library nak tutup, jawabnya berebut2 la kitorang. library Unimap ni lak canggih semacam. pasang pagar bagai. touch card mtric and gate terbukak. tapi hebat la. well, engineer kan? haha. bangga jap. kekembangan hidung berlaku.


Tu intro oke. mukadimah. ni baru citer sebenar.


Oke, aku, baiti n nik naik bus awal. so kitorang sempat la rebut tempat duduk. masa berlalu n makin ramai lak yang naik nak penuhkan kerusi dalam bus tu dan akhirnya penuh la. tapi still ade lagi yang naik. so berlaku la kedirian dalam bus tu. tiba-tiba, ade sekumpulan foreigner naik. lelaki la. dalam 4,5 orang camtu. dorang terpaksa la berdiri sebab memang kerusi sume da full. kalu korang nk taw, dorang ni international students la. bile da penuh tu, pakcik bus yang specky n bermisai serupa SARJAN MISAI pun naik.


" Turun-turun. yang mana berdiri tu turun. japg ade bus lain datang."


Sume da turun. kecuali geng-geng foreigner tadi. ketegaqq toi! dorang memang taknak 
turun. yang takley blah, siap wat muka inesen lagi tu. then pakcik misai tu ape lagi, bengang ar.


Tindakan drastik pakcik tu. dia matikan enjin plus ekon. kitorang ni kepanasan. macam duk dalam sauna da. tapi foreigner tu tetap gak taknak turun. 


" Aishh. degilnye!"


" Please. another bus will coming soon. just wait for a while." Ni bukan pakcik bus yang cakap, tapi salah seorang penumpang dalam bus tu. nak taw sape?


Sorang mamat indon. wah..kire gentleman la dia masa tu. tapi yang nak marahnya, taknak turun jugak depa tu. aishh, giler ketegaqq la.


Setelah ade discussion ala-ala discuss pasal graph dalam report thermodynamics tu, ade la dalam 5minit, akhirnya dorang turun.


Tapi korang silap kalau korang pikir tu da setel. blommmm. masa nak turun tu, sempat lagi salah sorang dari dorang meludah kat tangga bus tu. hakkktuihhh! camtu la kot bunyinya.


Wohhh, bertambah la kebengangan pakcik misai tu. dia turun pegi tarik sorang yang turun paling last. hampir la berlaku adegan tumbuk terajang bagai. tapi hampir je, tak berlaku lagi la. pakcik tu suh dia buang air ludah tu.


" Not me! not me!"


Si foreigner tu nak defend la kononnya. tapi pakcik tu da berangin da. kalau la boley nampak asap kemarahan kua dari badan dia. ala-ala Goku nak bertukar jadik SUPERSAIA la.

Dia kais-kais ngan selipar dia nak buang air ludah tu. pakcik tu mulanya macam nak gado gak la. aku saksi la masa tu. berlaku kat depan mata aku kot. tapi aku pon tak taw la nak salahkan sape. kalau ikotkan pakcik tu salah sebab gunakan kekerasan. tapi geng-geng foreigner tu pon salah sebab main ludah bagai.

Tu la citer dia. aku rasa foreigner tu mesti da mnyumpah giler-giler, tapi dalam base dorang la. pakcik tu pulak, duk tahan diri sebab takley nak lepas marah, haha.

Alhamdulillah. mujo la kitorang selamat sampai. takot jugak pakcik tu nak drift sebab nak release heat dalam diri dia. (exothermic chemical reaction). haha, ni adalah penangan stdy THERMO ye. so. layan jela.

Sampai situ jela. tapi aku tak taw pe jadi kat geng-geng tu. ade ke tak bus yang p jemput dorang kat kangar tu. eh, lupa nak gtaw, si gentleman tadi tu pon turun skali ngn geng-geng tu. kiranya dia mengalah la. macho kan kan kan?hehe.

Moralnya? jaga la adab. perangai kita mencerminkan identiti kita. kadang-kadang sebab nila setitik, rosak air soya secawan. secawan cukup, belanga tu macam beso sangat je. ye dakk??hehe. aku tak taw pe geng-geng tu pikir. rasa-rasa, dorang akan pikir x yang orang Melayu ni berperangai kasar macam pakcik tu tadi? ntah la. lu pikirla sendiri!! kan nabil kan kann kan? (orang kata performance NABIL dalam MAHARAJA LAWAK malam tadi besh! lawak yang spontan dan xreka-reka. btol ke? aku tak tengok lagi. japg nak donlod. hehehe)

Otey! kite jumpe lagi nt ye! kawe nak berundur dlu. 

p/s: lupa nak amek gambo pakcik MISAI tu tadi. nanti la ye.

Saturday, April 9, 2011

Oh Mydearesttt!!


Dear blog.

Sedih sangat malam ni. aku mintak maaf, silap aku gatal tangan duk ubah template hang ni. sampai masa aku sendiri yang sedih meratapi wajah baru hang. (refer to my blog. xde kene mengena sama ade dgn yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.)

Nape aku sedih? sedangkan blog aku ni bukannya ade orang masok baca pon. bukannya tiap kali refresh bertambah follower pn. sebenarnya aku sedih sebab blog ni je tempat aku nak luah sume. even aku tengah sedey, tengah hepy, tak cukup sahabat-sahabat, ngan blog ni la aku berkongsi.

Kadang-kadang bukan aku tak tahu, dalam sehari tu boleh jadi takde orang pon masok baca entry-entry aku. tapi ade aku kisah? sukati la. kalau sampai nak paksa-paksa orang masok baca tu maybe takla sedesperate tu lagi. tapi jangan la downkn aku. aku tau la blog aku tak sefemes blog sekian-sekian. tapi aku tak kisah. cukup la sekadar aku sendiri boleh rasa kehadiran blog ni dalam hidup aku. tak perlu la nak ingat kan aku yang blog aku ni bukannya ade readers yang setia. aku tau tu.

Tapi aku sedey. sebab yang cakap macam tu bukannya orang lain. orang yang aku sayang. maybe dia tak tahu. kalau aku gaduh ngan dia, kalau aku rasa hepi or bahagia sebab dia, kat blog ni la aku luah sumenye. kalau orang lain, yes aku bole accept lagi. tapi dia? sedihnya aku, Tuhan je yang tau.

Tapi tak pe la. memang betol pun pe yang dia cakap tu. aku ni yang tak sedar. perasan lebey. rasanya da lebih setahun aku berblogging, walaupun tak la aktif mane. tapi follower tak sampai lagi 20 orang. kat situ pun da nampak kan? ok. fine. aku terima.

Sriyes, mula-mula aku tukar template blog ni tadi, aku ase down sangat. macam sia-sia aku berblogging selama ni. tak tahu la nape seteruk tu stress yang aku rasa. macam dia cakap. " blog je ponn....". ye,aku tau tu. tapi aku sedey. aku rase macam hilang sumthing. 

Da la. tak nak lagi duk karang banyak-banyak. bukan ade reader pon.

Okla.cukup la keemoan tu untuk malam ni. blog blog jugak. nak study banyak lagi ni. neways, mydear blog, wish me luck for my final exam ya!

Maybe this will be my last post till final. 

p/s : nak makan banyak-banyak bagi hilang sedey, tapi diet lak. huh! grrr!! =.=

Sunday, April 3, 2011

Memperkenalkan.....jeng jeng jeng!!!

Dengan ini aku memperkenalkan peserta AF 9 yang bakal berentap pada kali ini. jeng jeng jeng!! haha. poyo je. takde makna aku nak kenalkan dorang. haha. sory der, wa tak amek port sangat AF ni. (sebab duk ostel, klu duk umah knpem da mngadap da.keh keh keh)


Bukan nak kenalkan peserta AF tu, tapi ni ha. aku nak kenalkan kawan aku yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. hey yunk! welcome to da club!! hohoho.. tapi kan, bila sebut pasal AF, betol ke AF9 ni AF yang terakhir? nape taknak buat AF10? haha. kalau ade la AF10, aku ingat nak join la. kalau menang, wah standard MAWI tu!  eh takleh la, AF tu haram. betol..AF tu haram...ish3..astaghfirulahalazim..tak jadi tak jadi. nape? tak caya haram? erk. try korang stalk kat blog KUMBANGJINGGA ni.


Ok, back to da story. new blogger ni kawan sekelas aku, antara geng aku jugak la. beliau baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging yang serba mencabar ni. so, sebagai kawan yang amat mengambil berat dan baik hati dan berjiwa mulia, aku terpanggil untuk tolong beliau mempromotkan blog dan mengaktifkan diri dalam industri ni. wah, industri! macam hebat je bunyinye. bukannya ape, dunia blog ni, tak best la kalau kita sorang-sorang kan. kita duk merepek merapu tapi takde yang sudi baca, huh jem la kan? memang la tak nafikan, blog ni tempat nak luah sumenye. macam aku pun, entry-entry aku berubah ikot mud. kadang sedey kadang hepi. normal la. asam garam kehidupan. tak gitu? orang nak bace, silakan. kalau taknak pun takkan nak paksa kan? so. conclusionnye, aku tolong tambahkan kawan untuk kawan aku, ATIE, new blogger ni.hehe. macam haremmm conclusion aku. ngek!haha.


Bagi aku kan. blog ni best sangat. sebab kat sini la aku luah sumenye. yes, aku ada kawan. tapi bukan setiap masa dia nak dengar pe yang aku nak citer. da la aku je citer. kalau korang pon kan, naik muak gak kan? aku taw da. so, blog ni la yang sudi dengar sume. dia tak merungut, dia tak marah, dia tak cakap pape pon. even aku ngah nanges, aku taw dia jugak nanges untuk aku. eh, asal emo tibe-tibe ni? tamo tamo. (sambil jari telunjuk hayun ke kiri ke kanan, sekali ngan kepala geleng-geleng).


Ok, dah-dah. taknak emo-emo ok! dis entry especially for my new blogger fren! so, tak perlu nak emo ye kat sini fiza. ok fine. hehe. senyum sokmo dehhhh..


Aiyak, lupa nak kenalkan kawan aku. ni la ATIE.

ok. abaikan aku yang serabai dan tembam tu. yang baju pink ni la ATIE.=)



So, best of luck aku ucapkan kat atie. welcome to da blogging life! ecece. hehe




p/s: ce kira bape kali aku linkkan blog atie ni. haha, to atie, pocketfull pon da oke.;P

-> to KUMBANGJINGGA, da 2x aku pomot blog hg. takkan takde pape?haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...