Saturday, July 2, 2011

Imam muda Hassan, imam muda terunggul.

Menepati ramalan aku, naluri keperempuanan aku kencang mengatakan bahawa imam muda hassan akan menjuarai imam muda kali kedua ni. dan memang tak salah la firasat aku, terbukti sudaa. fuh, pakej complete kot. hensem, berkarisma, petah berbicara pastu tambah lagi ngan senyuman manisnya tu, adoyai cair beb. haha

Pecaya ke tak, ye memang aku mngikuti rancangan realiti terbaik ni. aku memang suke. medan imam muda tu, memang aku akan wat follow up la. kalau tak leh jumaat malam. aku tengok tengahari sabtu, sebab ade ulangan. weellll, astro ok. tiap minggu macam-macam yang dorang wat, dan untuk pengetahuan sume, imam muda hassan la yang aku nak tengok pun setiap kali. kalau awal-awal dulu aku suka imam muda fakrul, sebab beliau orang terengganu, tapi ati berubah pas tengok kehebatan imam muda hassan. haha, giler kental ayat. 

Tapi kan kehebatan imam muda nazrul pun kita takleh nafikan. kalau tak takkan beliau sampai ke final kan. dia pandai bercakap kot. suke jgk aku dengar dia bercakap. xgagap la. kalau ade yang masih ingat, ade satu minggu tu, imam muda nazrul ni la yang mintak para-para mursyid tak singkirkan imam muda ali ngan imam muda fadli. sedangkan masa tu mursyid da hampir nak umumkan sape yang tersingkir. so aku pecaya la, dua-dua sama hebat. cuma memang setiap pertandingan takkan ade dua juara, so kena pilih salah satu. ye dak?

Ni serba sedikit aku sertakan profile imam muda 2011 ni. buat sape2 yang tak kenal, selamat berkenalan ye.


Juara Imam muda : (Imam muda Hassan)

 
ncem la..hehe

Nama sebenarnya ialah MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA

Juara IM2 membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.

Ni lak naib juaranya.


Imam muda Nazrul (naib juara). 


 
 
Atau nama sebenarnya ialah NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE

Manakala tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.


Selain itu mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro dan pakej haji dan umrah tajaan Salamfon. Dan juga, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.


* kredit to sumber


Alhamdulillah, imam muda da ade juara. af pun da ade juara. sekarang ni yang terbaru kilauan emas. haha. agak-agak sapela juara. tapi pelik jugak. makcik pakcik da veteran pun nak masuk lagi pertandingan camni. nak test suara la. kalau yang ok, ok la. tapi kalau yang suara tu nak keluar taknak keluar sama banyak. ape mau bilang?

Terbaru ade pulak realiti terbaru iaitu ustazah pilihan. yela, pas ade ustaz, kena cari ustazahnya pulak kan? bagus jugak rancangan camni. niat di hati nak jugak cuba, tapi macam tak cukup ilmu di dada. adik aku suh try, tapi aku tau aku tak layak. bagi kat yang lebih layak la. nak uji aku, rugikan masa juri je. hehe


p/s: r tak sabar nak tengok ustazah pilihan pulak. mesti best.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...