Sunday, July 17, 2011

Fakta tentang dia.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ce teka ce teka, aku nak citer pasal sape?haha. takde sape la. pasal diri sendiri je. rasa macam da lama aku berblogging, tapi tak pernah aku cerita pasal diri aku. bukan ape, rasa macam sapela aku. malu lak nak citer. hehe

Aku terasa malas lak nak buat karangan panjang berjela malam ni. pe kata aku citer dalam point je. atleast orang yang baca pun takde la rasa bosan. kang ade yang bace separuh terus tutup tab. haha. baca pon tak abes apatah lagi nak komen. ye dak? keh3. (sendiri tanya sendiri jawab. hehe)

#1: aku sebenarnya seorang yang pemalu. kalau ngan orang yang baru kenal, especially laki-laki, aku payah sikit nak berborak.sepatah tanya, setengah patah je aku jawab.

#2: aku bukan jenis yang cepat marah. sebab tu la aku selalu jadik mangsa buli adik-adik aku.

#3: aku cepat lupa nama orang. tambah-tambah kalau orang tu aku lama tak jumpa. sampaikan ada masanya ade orang yang kenal aku, siap bertegur sapa, salam-salam bagai, sedangkan sebenarnya aku tak ingat langsung nama beliau. senyum jela aku ni. i'm sorry. (sekali sekale wat gaya amir raja lawak, macam comei jugak.haha)

#4: aku suka makan. yup, memang tak dinafikan hakikat ni. kalau tak, aku takkan jadik macam sekarang. tapi besar sikit je dari lisa surihani. yes, fakta tak berapa betoi. tau da.

#5: aku sensitif. yup. asyik-asyik nanges. kalau tengok tb tu, kalau orang dalam tb nanges aku nanges. orang dalam tb senyum, aku senyum. 

#6: aku suke tengok orang comei-comei. wah, terasa mahukan diri ini jadik seperti itu. haha. contoh macam heliza. haa, baru aku ingat satu hal. ade orang cakap muka aku macam heliza. hahahaha.(gelak terguling-guling rasanyakalau orang tu baca ayat ni.)


 abaikan background belakang tu. ade ke macam heliza?haha. poyo je ayat.(aku sengaja tak letak gambo heliza. taknak la korang compare nanti. sebab aku tau memang jauh beza kitorang. hehe)


#7: aku suka nyanyi. ye, tau suara aku tak sedap. tapi aku suke dengar aku nyanyi. rasa macam best. haha.

#8: aku agak hipokrit jugak. adoi, point ni macam mngutuk diri sendiri. tapi tak kisahla, takkan nak citer yang baik je kan. hipokrit camne? kadang-kadang kat depan aku cakap baik je. tapi kat belakang kadang-kadang ada yang aku kutuk. haha. pengakuan berani mati ni.
#9: aku tak reti memujuk. fakta ni paling aku tak suka tentang diri aku. tapi sifat ni aku takleh nak tukar da. takleh nak betulkan da. kesian mr.right aku.

#10: aku suke gelak. haha. kat unimap, aku ade kawan2 yang suke gelak macam aku. kadang-kadang kegelakan kitorang ni ade yang tak dapat terima. sampaikan ade yang menegur kerana keterlanjuran itu. tapi, sorry to say. payah dowh nak ubah.

Macam da banyak sangat je. cukupla tu kot. orang kata biar slow-slow, asalkan safe-safe. hehe.

p/s: kadang-kadang kita rasa diri kita banyak kekurangan, sampaikan kita lupa ape kelebihan yang kita ada.=)

1 comment:

perception28278™ said...

hehe..awk comel je...heliza?? sipi2 awek tganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...