Tuesday, January 11, 2011

Ana Raffali?


eloo..

ana raffali? cop2, sape sebenarnya ni? sory la. aku xamek port sangat AJL ni. tapi bila sume orang duk kecoh-kecoh kan, teringin la jugak nak taw pe yang terjadik sebenarnya.


walaupun aku rasa aku da agak ketinggalan tentang kontroversi AJL kali ni. tapi xkisah la. suka ati aku la kan?


so..aku merajinkan diri masok berita harian online. (walaupun selama ni jarang sangat2 la aku bukak). ade satu statement yang xley blah. jap aku copy paste sini ye.

Sebaik saja keputusan diumumkan, ramai yang terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang diumumkan. Boleh dikatakan satu kejutan besar kerana lagu Tolong Ingatkan Aku itu bukanlah termasuk di dalam senarai ramalan antara lagu yang boleh dinobatkan sebagai juara. Ramai yang kecewa dengan keputusan itu termasuk seorang individu yang boleh dikatakan amat berpengaruh dalam industri hiburan. Nampak sangat kemenangan itu tidak direstui ramai.


haaa..amacam? gempak kan ayat tu? kalau la aku jadi Ana Raffali tu, makan ati jugak la ngan statement tu.


tapi xkisahla kan. nak wat camne. da rezeki dia. bak kata mak aku, kalau kita duk protes2 pon die menang, kita pilih pemenang yang baru, bukan dapat kat kita pn duit yang dorang menang tu kan? xgitu?

so..bia jela. anggap je ni rezeki dia. xyah la kot nak wat page kat fesbuk nak suh tarik balik kemenangan Ana tu. xperlu oke..nt xpasal2 peminat Ana Raffali lak yang menyampah ngan korang.haa..cmne??

so..kita congrate ramai2 kat Ana Raffali ye. semoga beliau success dan dapat menghasilkan lagu yang lebih baik. senang citer, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi!


p/s: aku bace la lirik lagu Tolong Ingatkan Aku tu. tapi siyes, aku xpaham pe point lagu tu.huhu.sory..terlebih jujur plak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...