Tuesday, November 29, 2011

Hipokrit.



Assalamualaikum dan selamat malam.



Time aku type entry ni, perut aku bergelegak dengan tomyam, ikan siakap suwit sour dan air sirap bandung buatan orang kole pengelih. sumenye duk rebut-rebut carik space nak stay,  masing-masing kalau boleh taknak jadi yang pertama kuar dari perut ni. dun worry guys, aku simpan korang sampai pagi sok ye. hehe


Oke. intro pasal makan. special gak tu untuk yang tengah lapo sekarang ni. saje nak bongkak siket makan seafood malam ni. cewaahh. korang takde hal kan? haha.



Tajuk da panas. tapi entry ni baru nak masok minyak. oke korang. korang hipokrit tak? 



Aku sure sangat sume orang kat dunia ni hipokrit. konon baik tapi kat belakang, tak cukup buku log 500pages kalau nak citer pe yang korang duk ngumpat. kan? aku tau da.



Aku baik siket la. takde la sampai logbuk 500 pages, setakat 200 pages tu sampai kulit jugak la kalo nak tulis. tapi tu antara aku dengan logbuk jela, aku tak share ngan sape-sape. rahasia peribadi gitu. haha



Sebenarnya, bagi aku kan, hipokrit ni kadang-kadang penting jugak. yela, kalau kita tak suke kat seseorang tu, kalau tunjuk depan-depan dia, sure-sure gado kan. maknakata setinggi mana pon korang tak suka kat seseorang tu, tak kisah la tak suka perangai dia ke, keceluparan mulut dia ke, ataupun muka dia yang comel yang korang rasa milik korang ke, plis la. be hipokrit. penting jadik hipokrit ni untuk korang jaga hati dan perasaan beliau, dan juga perasaan korang sendiri. memang la, kadang rasa macam tak ikhlas, tapi siyes, tu lebih baik dari korang duk tunjuk rasa tak suka tu depan beliau.



Even aku sendiri, secara jujurnya, aku cuba untuk jadik hipokrit. tapi just dalam part tu la. normal la. aku manusia biasa. takleh lari dari perasaan ketidaksukaan tu terhadap sape-sape. tipu la kalau aku cakap aku tak penah jadik hipokrit. kadang tengok muka aku senyum, gelak dengan comelnya, tapi dalam hati Allah je yang tau.


Tapi kalau boleh, aku nak buang sifat tak elok ni. aku nak jadi baik dengan sume orang seikhlasnya. demi Allah, aku kesal dengan sikap negatif aku yang satu ni.



Ok bai. 



 
jangan jadik hipokrit ye sume. pesanan ikhlas dari penaja.=)


p/s: aku berjaya post entry pakai tenet unimap. thanks unimap. lap u veli muchhh la..;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...