Sunday, September 26, 2010

macam-macam raya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haha. Ade stail la aku nye salam ari ni. Rasa macam nak masok pertandingan pidato pon ade ni. Tapi xkisah la kan. Tu tandanya aku mendoakan kesejahteraan pembaca blog aku. Kalau ade la. Hehe..

orang lain pidato.bukan aku.gambar hiasan je.

Adoi..panjang pulak aku duk meraban tak tentu hala. Ntah pape je kan. Tapi kann..suka ati aku la. Ni aku nyer entry. Kan3? Haha..Sape setuju ngan aku, angkat kaki!

Well, sory ye sume. Emosi tak bape nak stabil. Terlebey makan kueh raye agaknya. Eh, xde la sangat kot. Nasi dagang banyak. Adoi, sampai naik kembung perut aku yang da kembung sedia ada ni. Haha. Banyak dowh aku makan nasi dagang mase hari raya ari tu.
nasi dagang..emm..lapar plak rasenye..

Wah, sebut pasal raya ni. Fuhhh..syok giler raya aku taon ni. Bukan la sebab dapat duit raya banyak, tapi sebab aku terasa kemeriahan beraya dengan family. Mesti korang pikir selama ni pon beraya ngan family jugak kan?? haaaaaaaaa.. Ni la yang cek nak habaq mai ni. Camne kemeriahan yang aku maksudkan? hehe.

Raya..raya..raya..Bile sebut pasal raya, terbayang kat mata aku, baju raya baru, kueh raya, duit raya. waaahhh..hehe. Emm..berbalik pada citer yang cek nak habaq mai tadi. Sebenarnya raya kali ni, semua ada. Family aku yang jumlah ahlinya tidak kurang dan tidak lebih dari 9orang tu, sume balik beraya kat umah kami. Seronok xyah cakap la. Best ramai2 camtu. Ni sebab family aku besar. Maybe bagi korang yang family kecik2 tu, anak tunggal ke, xrase macam ape yang aku rase.

haa..ni la family aku..9orang ahlinye..

Malam raya syok jugak. Yang xley blahnya, orang lain cbuk duk tukar langsir sume, kitorang duk bakar ayam. Ayam lak peram xsampai 6jam. Kalau xsilap aku, 3jam je kot. Ahhh, bantai jela kan? Kitorang je pon yang nk makan.Haha..Malam tu, adek Eti la yang paling semangat. Kuar masok umah sampai berpeluh-peluh. Sian adek. Kena raging kat abang - abang dia yang jahat tu. Haha. Sampai slim kejap adek malam tu. Tapi kejap jela..hahahaha



ni sebelum bakar


ni pas bakar n makan

Hari raya pertama....

" Mak..mane baju raya kita?". "Mak pun xtau la cik. Ni Bakri dop mari ato ag ni. Mak puas tepon doh.". " Alaaa..pastu kite nak raya gane?".


Korang blur ke Bakri tu sape? Meh nk gtau. Untuk pengetahuan korang, Bakri tu suami kepada tukang jahit yang menjahit baju raya kami tu. Dan Bakri tu juga bekerja di kilang yang sama ngan mak aku. So kiranya mak aku memang selalu tempah ngan dia la tiap kali kami nak tempah baju kurung. oke? Gud explaination rite?haha.

Ni la babak drama sementara yang berlaku di pagi raya. Baju raya kami tak siap. Waaaaaaaa.. Dengan keadaan aku yang langsung takde bawak balik baju kurung, baju pe nak pakai ni???huhu.

Adek Eti da tarik muka. Cian dia. Selalunya di pagi raya, adek Etila yang paling excited ngan baju raya baru dia. " Tak mboh raye!". Sedih adek Eti. So ari raya pertama tu berakhir dengan kami memakai baju lama yang ada sahaja. Bile jadik camtu, tak rasa mane la hari raya pertama kami.

baju raya-gambar hiasan

Petang raya pertama, Bakri datang. Dia bawak baju raya kami. Waah, kiranya hari raya kedua tu la yang jadik hari kami pakai baju baru.hehe. Suke2! Bakri mengexpelenkan nape dia xdapat datang hantar baju raya kami. Rupa- rupanya ada kecelakaan. Jiran dia terlibat ngan kemalangan jalan raya, so dia terpaksa la hantar jiran dia ke hospital memandangkan da takde orang lain da.

Emm..sebut pasai kemalangan jalan raya ni kan. Banyak bewtol kemalangan yang berlaku menjelang raya ni. Malam raya tu, ada jugak yang meninggal di Cerul. Sebab ekciden la. Aduhh, kesian family dorang. Beraya dalam kesedihan. Buat mereka-mereka yang berkenaan, semoga tabah menghadapi dugaan Allah ni ye..Kita sama-sama doakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn..

Oke da ye, jangan sedih-sedih. Jom sambung baca citer aku lak.haha

Malam raya kedua tu, aku ikot angah p beraya umah Kak Sala. Kak Sala ni kawan rapat angah. Baru pas bersalin, melahirkan sorang baby perempuan yang comel macam aku, macam mak dia la. Kak Sala tu da ade 2orang anak laki, so ni yang ketiga la. Comei sangat anak dia. Aku tengok angah macam takot bila Kak Sala citer tentang nk beranak ni. Haha. Rilek la ngah..
comeinye baby tidoq-gambar hiasan

Gitu la. Lebih kurang kul 11 tu, kami balik umah.

Hari raya kedua...

" Bangun2!". Itu la suara lunak mak yang kejutkan kami. "Liat betol anak2 aku ni." Mesti ni yang bermain dalam kotak besi pemikiran mak.

Pagi tu kami nak pulang ke kampung. Konvoi 3buah kete. Mak nak bertolak awal, boleh balik awal. Lagipon angah and abg aji akan balik ke kampung abg Aji kat Kelantan. Mak takot tak sempat. So, pagi tu sempat jugak la kami mendengar Ustazah Siti Nor Bahyah aka mak aku memberi ceramah yang tak berapa sedap didengar. Sebabnya tone die tak pernah turun, selalu naik je.hehe

Kul 10 la jugak kitorang bertolak. Tu pn selepas kena ceramah panjang lebar dari mak. Masing-masing tunggu panas telinga baru nak bangun. Hah, kenala korang.hehe

So, kami 3buah kete bertolak dengan bergayanya. Abg Mat (abang sulong aku) dengan Hondanya, angah (satu-satunya akak aku)dengan Myvi SE nya, and teh(abang ketiga aku) hanya dengan ViVa nye. vrooom3, kami memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahimmmmm..



Sume rumah kami p. Wah, rupa-rupanya ramai sedara mara aku ye. Aku pn tak tau.hehe
Seronok tol beraya. Yang paling penting aku nk jumpa Ayah Ngah. kelim duit raya lagi.haha
Kitorang p umah Tok(mak ayah aku), mak De( adek ayah aku), Ayah Ngah(abg ayah aku) sebelum kitorang bergerak ke umah sedara mara sebelah mak aku lak. Mula2 kitorng g umah Su (adik bongsu mak aku), umah Ki (ayah mak aku) dan last ke umah Ayah Ngah (abg tiri mak aku). Ngan Ayah Ngah ni la aku nk kelim duit raya.hehe

Penat tol beraya hari kedua. Kami bergerak pulang ke Kemaman pukul9mlm. Penat sangat. Angah n husband dia lak terus bertolak ke Kelantan.
Sampai Kemaman kul 11 lbey, kami ketiduran kerana kepenatan.

Hari raya ketiga dan seterusnya...

Aku hanya menanti kehadiran tetamu yang lain. Kueh raya banyak lg. Kepada yang berminat boleh datang ke umah aku di Kemamang!hee

Adiosss! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR BATIN TAU..

p/s: lupe nak gtau. aku dapat duit raya cket je taon ni.sdey2..huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...