Sunday, September 8, 2013

Selamat pengantin baru.

Comel tak kawan aku kawen? COmel kan kan? Sorry meknah pinjam gambar. heehe




Assalamualaikum and hai.



Ok hari ni tajuk penting kita adalah soal kawen. Eh ko pehal, diam diam da lama tak update tup tup cakap soal kawen. Da la tak cukup umur lagi. Haha


Bukan la. Kalo ikot umur, kawan kawan yang seangkatan umur ngan aku sekarang ni da beranak pinak da. Aku je still tak puas ngan zaman bujang aku ni. Tapi kalo nak ikot hati memang geletak (atau bahasa comel dia adalah tak sabar) da nak kawen. Tapi mak aku belom lepas green light lagi. So terpaksa la bersabar dulu. Lagipon aku nak keje nak kumpul duit banyak banyak dulu. Capai apa yang aku nak, beli dan miliki apa saja yang pernah aku impikan dulu. Yang penting merasa pegang duit sendiri dulu.


Lepas raya ni je, berpuluh puluh jemputan kawen aku dapat kat umah tu. Termasuk la kawan kawan aku dan orang kampung. Tu baru kawen, belom cakap yang bertunang. Perghhh berderet. Tup tup tengok duk uplod gambar tunang kat fb, giler ko tak jeles. Harusla jeles beb. Tapi aku sabar dulu. Hehe.


Kawan kawan takyah cakapla. Kawan kat matrik, kawan sekolah, kawan universiti apatah lagi kawan sekampung. Sume da selamat bergelar suami dan isteri pada pasangan masing masing. Yang terbaru kawan matrik aku kat kelantan, sadis rasanya tak boleh pegi. Kalo ikotkan hati memang nak sangat pergi tapi mak sah sah tak lepas aku nak drive sorang sorang pegi kelantan sana. Dua malam lepas, jiran sebelah umah aku da selamat diijabkabul. Alhamdulillah aku tumpang happy untuk dia. Banyak betul dugaan dorang sebelom kawen akhirnya bersatu jugak. Aku doakan semoga kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah. 


Tu soal kawen. Ni nak masok soal yang da hampir hampir beranak ni. Tunggu masa je nak melahirkan. Adoi aku ni kawen pon belom dorang da nak ada anak sendiri. Kalo tak silap 2 orang kawan aku sedang menunggu hari je. Hehe aku pulak yang eksaited. InsyaAllah semoga semuanya selamat selamat je ye korang. Aci tak korang plan beranak sama sama esok? Esok kan 9hb9. Ehem.




Ok bye!



p/s: Nape ye ngan tarikh 9hb9 tu? Ehem. Tak paham paham lagi. Aishh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...