Friday, May 20, 2011

Pergi tak kembali.







Setiap yang hidup pasti akan mati. pasti akan tiba masanya menemui Sang Pencipta. cuma depends pada diri sendiri, sejauh manakah kita bersedia menghadapNya? penuhkah ilmu duniawi dan ukhrawi dalam diri?

Sejuta ucapan takziah aku ucapkn pada family arwah blogger terkenal, telordibasuh. walaupun aku tak kenal pun arwah, tapi aku giler terkejut dengar berita ni. mane taknye, blog dia memang jadik kewajipan aku slalu bukak. tengok pada gaya penulisan, aku sure sangat yang arwah merupakan sorang yang ceria.

Pemergian arwah mengadap Ilahi cukup menggambarkan bahawa bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil. namun, adakah kita sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan tu? renung-renungkan dan selamat beramal!

Sriyes rasa sebak jugak. blog arwah memang da lama duk dalam bloglist aku. mulanya aku pun ada terfikir, nape arwah da tak updet?selalunya blog arwah memang slalu terupdate.

Tapi siapa kita nak melawan ketentuanNya?

Kepada keluarga arwah, aku personally mengucapkan sejuta takziah di atas pemergian arwah. kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al fatihah.


p/s: Allah lebihkan sayangkan arwah. bilakah masanya kita akan menyusul?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...