Monday, March 15, 2010

program uniMAP tak diiktiraf???

panas3!!

berikut adalah komen sesetengah pihak berkaitan isu ni.. jom tengok pe kata dorg..~~~~

anonymous 1::

Kosmo hari ini ada menulis menyatakan bahawa 16 kursus di UniMAP tidak diiktiraf. Anda boleh baca menerusi link ini. Tetapi apa yang peliknya, itu sahaja yang ditulis. “16 program tak diiktiraf” dan tiada sebarang penjelasan dan tidak ada sebarang kupasan lanjut tentang hal tersebut. Apa motif Kosmo sebenarnya?

Tulis sesuka hati, nak jual surat khabar punya pasal apa pun boleh. Paling tidak pun berilah penjelasan, korek habis-habis sebelum nak buat berita. Tanya semua pihak yang terlibat dan ketahui cerita sebenar, punca-punca nya, baru buat berita. Nak aku jawap boleh je, tapi tak perlu, tanya la diorang dulu, kenapa tak diiktiraf. Dalam berita tu Kosmo ada petik nama EAC-BEM, JPA dan MQA, badan-badan yang terlibat dengan pengiktirafan, jadi tanya la diorang kenapa UniMAP tak diiktiraf; tidak boleh diiktiraf atau tidak mahu diiktiraf?

Personally, it’s more like political issues rather than academically driven defects.

Regards,

anonymous 2::

Akhbar Kosmo! hari ini dalam ruangan mukasurat 4 menyiarkan berita bagaimana sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan 16 program yang tidak diiktiraf oleh mana-mana agensi kerajaan di negara ini.

Hanya ada dua program yang menerima pengiktirafan.

Gila ke apa universiti kerajaan yang sudah 9 tahun wujud tawarkan sebanyak itu program yang tidak diiktiraf?

Kalau kolej swasta yang tumbuh belakang stesen minyak buat macam itu, kita tidaklah terperanjat sangat.

Ini apa jadah IPTA yang dinaungi kerajaan boleh jadi macam itu?

Bukankah salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKRA) ialah menyediakan akses pendidikan yang bermutu kepada rakyat?

Kalau IPTA kerajaan sendiri berada dalam keadaan ini, macam mana NKRA ini hendak dipenuhi?

Persoalan terpenting, apakah Kementerian Pengajian Tinggi tidak tahu mengenai situasi itu selama ini?

Apakah yang dibuat oleh Pengurusan UniMAP?

Bukankah mereka bermain dengan masa depan anak-anak Melayu di negara ini.

Para pelajar dan lepasan UniMAP itu semuanya pasti akan mengalami kesukaran mendapat kerja terutama di sektor awam.
Permohonan untuk mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pun tidak boleh dilakukan tanpa pengiktirafan itu.

Rakan penulis yang belajar di IPTA berkenaan berkata, pengurusan UniMAP berpanjangan menipu para pelajarnya selama ini dengan memberikan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan mereka mendapatkan pengiktirafan.

Bagaimana 16 program boleh tidak diiktiraf? Bagaimana?

UniMAP wujud sejak 2001, bukan 2010.

Satu tempoh yang sudah cukup lama untuk memastikan semua program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan.

Sudah ribuan pelajar mereka yang bergraduat tetapi tiada pengiktirafan. Tidak masuk akal langsung.

Apa semua ini? Mereka ambil subjek profesional iaitu kejuruteraan, bukan mudah...sudah tentu bertahun-tahun pelajarnya berhempas-pulas untuk lulus...tetapi untuk apa? Untuk membawa balik ke kampung masing-masing segulung ijazah yang tidak ada nilai?

Persoalannya sekarang, siapakah yang perlu memikul tanggungjawab kesilapan ini?

Pada Lebah Kota, jawapannya ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sendiri.

Selaku Menteri, beliau harus dipertanggungjawabkan.

Dalam situasi sekarang, di mana salah sebuah IPTA di bawah beliau menawarkan sehingga 16 program tanpa pengiktirafan selama bertahun-tahun, secara prinsip, maka beliau harus meletak jawatan.

Jika beliau enggan, maka Menteri lembab yang juga kawan baik Kahiry Jamaluddin dan dilantik pada zaman gelap Pak Lah ini perlu dibuang sahaja daripada Kabinet.

Sama ada dipecat atau digugurkan sahaja dalam penyusunan kembali Kabinet tidak lama lagi.

Tidak ada gunanya menyimpan orang yang tidak tahu buat kerja terutama di kala Perdana Menteri sedang asyik menerapkan konsep rakyat didahulukan.

Para pelajar UniMAP itulah rakyat yang dimaksudkan beliau.

Selepas Khaled Nordin, maka giliran Naib Canselor UniMAP, Kol. Prof. Dato' Dr Kamarudin Hussin pula, sama ada berundur atau dipecat sahaja.

Beliau pun harus memikul beban dosa IPTA yang dipimpinnya itu.


anonymous 3::

Salam hormat, saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai isu panas ini iaitu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf. Apa yang dikesalkan disini adalah banyak mata yang tidak tahu pengorbanan dan usah yang berhempas pulas oleh pihak Pengurusan UniMAP untuk memperolehi pengiktirafan ini dari badan Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) dan juga Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Adakah pihak luar terutamanya pihak yang hanya duduk dan tengok sahaja ini tahu apa yang Pengurusan UniMAP buat? Jangan hanya pandai untuk menunding jari terhadap Pengurusan. Usaha dari UniMAP telah banyak dijalankan untuk memiliki pengiktirafan ini. Sebagai contoh, UniMAP sendiri telah dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Begitu juga badan Lembaga Jurutera Malaysia juga telah hadir di UniMAP untuk melakukan penilaian. Jangan kerana terlampau cepat pengiktirafan lambat laun lain jadinya. Di pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memainkan peranan mereka. Melalui lawatan YB Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UniMAP beliau secara terang-terangan kagum dengan apa yang telah diperolehi UniMAP hari ini. Isu graduan UniMAP tidak mendapat pekerjaan, ini isu lapuk kerana boleh dikatakan hampir 100% graduan UniMAP selepas bergraduat telah memiliki pekerjaan. Apa lagi yang mahu disangkal? Pihak kami merasakan ada pihak yang tidak selesa dengan pencapaian UniMAP ini. Apa yang diharapkan agar pihak-pihak ini dapat membuka mata mereka dan juga faham situasi pendidikan di UniMAP yang memang memartabatkan para pelajar sebagai Jurutera Glokal yang mampu memenuhi keperluan negara masakini. Graduan UniMAP lebih mendapat permintaan dalam sektor pekerjaan berbanding dengan IPTA lain. Renungkan....

so...siapa kah yang harus dipersalahkan??ntah..lu pkirla sndiri!hhehe

sayonara~~~~


1 comment:

Cik Cinta said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...