Friday, October 17, 2014

Jodoh Orang Dekat

Bismillah.

Assalamualaikum dan hai.

Bukan nak menyimpang dari kerja, jauh skali taknak keberkatan dalam kerja, tapi aku dah takde arah nak buat apa. Serius cakap, semua kerja da siap. Da submit kat boss da pon. Kalo boss tu macam cikgu, rasanya da bagi markah da pon. So bila mana aku mengupdate entry di waktu kerja, niat aku cuma taknak menghabiskan masa buat benda benda tak berpekdah. The conclusion is update entry ni sangatla berpekdah ye. Ok.


Cerita pasal kerja, aku teringat satu kisah sahabat sekerja aku. Perempuan. 

Sahabat aku ni usia dia setahun lebih tua dari aku. So disebabkan umur dia tu, dia seolah olah risau gila tengok semua kawan kawan dia yang lain da kawen, da ada anak, tengah pregnant. Setiap kali berfesbuk, dia mesti akan nampak stress. Tapi perempuan kan. Aku rasa normal la. Sedangkan aku sekarang pon ade simptom simptom risau tengok kawan kawan da kawen. Untung sikit aku, nisbah kawan yang belom kawen tu lagi tinggi, so aku takde la risau sangat. Haha. Senang nak citer aku bagi nama dia A la.

A ni bagus budaknya. Lagi bagus dari aku. Petang petang pas balik kerja, dia akan singgah di masjid sampai isyak, buat ibadat ibadat sunat. Dari segi pemakaian dia pon jauh lagi bagus dari aku. Macam aku ni biasa biasa je, alhamdulillah setakat ni aku istiqamah la dalam menutup aurat. Tapi dia ni lagi bagus, tudung pon lagi labuh, baju pon takde ketat ketat, seluar takde tight tight, semua longgar longgar la senang citer. Kan aku da cakap bagus dia ni.

Satu hari tu, masok la 3 orang budak lelaki baru ke Isuzu ni. Masuk sebagai technician and kerani dan sepatutnya based in Isuzu Shah Alam, dorang mulanya perlu hadir 3 bulan training under kitorang punya department. Antara ketiga tiga ni, ada seorang budak laki tu lebih muda. Umur dalam 23 tahun camtu, jenis yang banyak cakap jugak, tapi kurang belajar. Haha jahat aku. Aku bagi nama dia B.


Lebih kurang 3 bulan, ceritanya aku tak berapa nak ngam la ngan budak B ni. Sebabnya mulut dia yang tak berapa sedap dengar tu la buat aku selalu angin ngan dia. Tobat aku pantang. Abes training 3 bulan, B pon balikla ke Shah Alam.


Sekarang da lebih setengah tahun, and guess what? A dan B sekarang da berkahwin. Yes, da selamat berkahwin. Haha. Best kan citer ni? Boleh buat novel gitu. Honestly speaking aku pon macam tak percaya dorang da kawen. Mulanya dorang senyap senyap nak bertunang, tapi hebatnya aku dorang akhirnya kantoi dengan aku. Tapi tu pon 2 hari sebelom majlis tunang dorang tu. Haha. Time tu, memang aku da expect sebenarnya dorang ada something. Cuma sebab taknak menyibuk plus taknak serkap jarang, aku diamkan je. Sampaila akhirnya dorang sendiri yang admit, tanpa aku paksa paksa, aku mampu gelak jela sebab dah agak dan sebab macam tak percaya pon ada.


Alhamdulillah jodoh. Orang cakap kalo da jodoh, jiran sebelah rumah pon boleh jadi. Tak gitu? Aku ni tak tahu la berjodoh dengan orang mana. Doakan yang terbaik ye. Emmm nak kawennnn jugak. Haha.


                                        



Nak kawen. tapi kursus kawen pon belom aku ni. Nampak sangat tak cukup umo lagi. Haha
                                      


With love,

2 comments:

Anonymous said...

Lama cik za tak update blog..rindu nk baca celoteh cik za.hehe

fiza said...

Hehe da post da ni. mcm kenal je anon ni. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...