Saturday, May 25, 2013

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

 

Jatuh air mata tengok sms dia.


***


Mengimbau kembali kenangan itu.

***

Waktu tu aku di tahun pertama semester kedua pengajian aku di Unimap,Perlis. Aku berkenalan dengan seorang senior tahun tiga yang pada masa tu tengah menjalani latihan praktikal. Perkenalan kami hanya di laman sosial tanpa bersua muka. Aku langsung tak kenal dia, dan dia, wallahualam aku tak tahu sama ada dia kenal aku ataupn tidak. Biar la aku gelarkan dia S.


Perkenalan yang hanya berunsurkn pergaduhan. Manis sangat. S adalah seseorang yang anti akan universitinya sendiri. Dan aku bersungguh sungguh pertahankan university aku. Semuanya bersebab. Seriously.


Selama satu semester kami berkenalan tanpa mengenal paras rupa. Aku ngaku masa tu hati aku sudah terpaut. Yela, tengah single dan muda. Jiwa memberontak semacam la. Tapi aku tak luah. Serius aku malu. Aku just tunggu dia luah. Kot kot la dia ada perasaan yang sama kat aku. So masa berlalu. Kami hanya contact melalui laman sosial, Tagged. Profile picture panda gedik gedik tu menarik perhatian aku. Suka tengok. Comel je.


Sampai la masok next sem. S da abes praktikal, masok tahun 4. Time ni dia da super senior la. And aku pon da jadik senior, walaupon baru masok 2nd year. hehe


Selepas contact agak lama melalui Tagged, kami pindah pakai Skype plak. Masa ni tak tau nak cakap camne. Duk chatiing sampai kul 1 kul 2. Perghh orang cakap tahap angau giler. Tapi still masing masing tak luah. Konon time tu teman tapi mesra la. Sampai la satu hari dia tuka profile picture Skype dia ngan gamba sorang pempuan. Dengan perasaan ntah pape, aku tanya whether tu gamba awek dia ke bukan. And dia cakap yes. Masa tu aku down. Nak marah tak boleh, kitorang kawan je. And time tu jugak aku sedar aku je yang over, perasan terlebih. 


Hampir sebulan camtu, kami plan nak jumpa. Yela even duk satu kolej je pon, kitorang tak pernah kenal. Sumpah aku bukanla jenis pempuan yang senang senang nak jumpa ngan laki. Tapi ngan dia, jadi terberani pulak. Kami jumpa pagi sabtu kalo tak silap aku, hari cuti. Jumpa di student mall, aku terdiam abes tengok dia. Dia pulak macam nak taknak je tengok aku. Dan masa tu aku tersedar lagi, aku je yang terover perasan.


Jumpa kali pertama tu, aku ingat dia takkan contact aku sampai bila bila. Ntah la masa tu aku bukan seorang yang yakin pada diri sendiri. Aku tau orang lelaki mesti pandang rupa paras semata mata, even nak berkawan je pon. Pastu aku give up, aku diam je. Tapi tak sangka, dia still contact aku kat Skype. Nak dijadikan cerita kami bertukar no fon. Masa tu aku ingat lagi, dia bagi no fon dia guna huruf. Contohnya kalo huruf G adalah untuk no 4. Aku da dapat tangkap awalnya, tapi aku buat buat tak paham. Terus dia taknak bagi lagi no fon. 


Tu la antara bibit bibit perkenalan aku dan dia. Episod lepas tu aku tak rasa nak bercerita. Aku terlalu banyak berendam air mata. Macam macam yang jadi buat aku setabah tabah manusia. Result aku semester tu jatuh mendadak dengan keadaan aku yang sangat tak stabil. Aku biarkan mak ayah salahkan aku sebab aku tak study betol betol.


***


Tu cerita 3,4 tahun yang lepas. Sekarang aku bukan lagi fiza yang naif tu. Aku cuba jadi seorang yang sangat tabah dalam apa jua keadaan yang aku lalui.


Masuk alam pekerjaan, aku ditakdirkan bergaji lebih sikit dari dia. Masa tu dia selalu rendah diri. Tapi sebab terlalu sayangkan dia, setiap kali aku rendahkan level aku dari dia. Yes, aku pandang tinggi kat dia. Even gajinya kecil, tidak seberapa, dia merupakan seorang yang tau serba serbi. Aku banyak belaja darinya. Start dari perkara yang kecil remeh temeh, sampaila perkara yang aku tak tau langsung. And still, dia rasa rendah diri dengan diri dia.


Lebih kurang 2bulan aku bekerja, keadaan aku masa tu buat aku tak dapat nak online setiap masa. Sebaliknya pekerjaan dia memerlukan dia sentiasa online dan berada di hadapan komputer. Keadaan tu buat kami jauh. Aku sedaya upaya cari jalan untuk online demi dia. Sehingga la aku buat keputusan beli smartfon semata mata untuk sentiasa online bersama dia. Awalnya kami ok. Lama kelamaan aku terpaksa subscribe mobile internet dari celcom yang mahal. Dengan keadaan aku yang baru kerja, aku subcsribe kadang kadang je. Bukannya setiap hari. Keadaan tu buat dia makin jauh dari aku. Lagi pula aku yang baru mula bekerja tidak dapat nak biasakan diri tido lewat temankan dia. Seringkali aku tumbang kepada mata yang berat. And kesannya, kami gaduh.


Keadaan tu brlarutan lama. Tapi masing masing still cuba nak pertahankan hubungan cinta yang lama kami bina. Sampai la satu pagi, aku terima satu sms dari dia. Yang jelas sms tu bukan untuk aku. Masa tu serta merta air mata aku jatuh, rupanya dia curang di belakang aku. ya Allah, tabahkan hatiku. Hanya tu yang mampu aku buat masa tu. Terus aku minta penjelasan dari dia, dia still mengelak dengan mengatakan dia tersilap type sms dalam keadaan dia mamai. Sebab terlalu sayang, aku percayakan dia. Walaupun dalam hati Allah je yang tahu ape yang aku rasa.




Bersambung.......

6 comments:

Anonymous said...

hai fiza..can i ask u something?

kLiPKeRt@sPiNk said...

alamak..nape wat drama bersiri plak ni?kusyuk ak bace bsambung plak..

fiza said...

@Anonymous
sure. tanya la.

fiza said...

@kLiPKeRt@sPiNk
nanti ade mood aku sambung plak..malu plak duk citer love story kt cni.haha

Anonymous said...

are you still working at B braun? how was the working envrnment there?if you dont mind to share..thanks..

fiza said...

@Anonymous
fyi im not work there anymore.
what can i say, u hv to be very proactive and always ask if donno.wish u all da best:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...