Saturday, July 2, 2011

Imam muda Hassan, imam muda terunggul.

Menepati ramalan aku, naluri keperempuanan aku kencang mengatakan bahawa imam muda hassan akan menjuarai imam muda kali kedua ni. dan memang tak salah la firasat aku, terbukti sudaa. fuh, pakej complete kot. hensem, berkarisma, petah berbicara pastu tambah lagi ngan senyuman manisnya tu, adoyai cair beb. haha

Pecaya ke tak, ye memang aku mngikuti rancangan realiti terbaik ni. aku memang suke. medan imam muda tu, memang aku akan wat follow up la. kalau tak leh jumaat malam. aku tengok tengahari sabtu, sebab ade ulangan. weellll, astro ok. tiap minggu macam-macam yang dorang wat, dan untuk pengetahuan sume, imam muda hassan la yang aku nak tengok pun setiap kali. kalau awal-awal dulu aku suka imam muda fakrul, sebab beliau orang terengganu, tapi ati berubah pas tengok kehebatan imam muda hassan. haha, giler kental ayat. 

Tapi kan kehebatan imam muda nazrul pun kita takleh nafikan. kalau tak takkan beliau sampai ke final kan. dia pandai bercakap kot. suke jgk aku dengar dia bercakap. xgagap la. kalau ade yang masih ingat, ade satu minggu tu, imam muda nazrul ni la yang mintak para-para mursyid tak singkirkan imam muda ali ngan imam muda fadli. sedangkan masa tu mursyid da hampir nak umumkan sape yang tersingkir. so aku pecaya la, dua-dua sama hebat. cuma memang setiap pertandingan takkan ade dua juara, so kena pilih salah satu. ye dak?

Ni serba sedikit aku sertakan profile imam muda 2011 ni. buat sape2 yang tak kenal, selamat berkenalan ye.


Juara Imam muda : (Imam muda Hassan)

 
ncem la..hehe

Nama sebenarnya ialah MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA

Juara IM2 membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.

Ni lak naib juaranya.


Imam muda Nazrul (naib juara). 


 
 
Atau nama sebenarnya ialah NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE

Manakala tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.


Selain itu mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro dan pakej haji dan umrah tajaan Salamfon. Dan juga, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.


* kredit to sumber


Alhamdulillah, imam muda da ade juara. af pun da ade juara. sekarang ni yang terbaru kilauan emas. haha. agak-agak sapela juara. tapi pelik jugak. makcik pakcik da veteran pun nak masuk lagi pertandingan camni. nak test suara la. kalau yang ok, ok la. tapi kalau yang suara tu nak keluar taknak keluar sama banyak. ape mau bilang?

Terbaru ade pulak realiti terbaru iaitu ustazah pilihan. yela, pas ade ustaz, kena cari ustazahnya pulak kan? bagus jugak rancangan camni. niat di hati nak jugak cuba, tapi macam tak cukup ilmu di dada. adik aku suh try, tapi aku tau aku tak layak. bagi kat yang lebih layak la. nak uji aku, rugikan masa juri je. hehe


p/s: r tak sabar nak tengok ustazah pilihan pulak. mesti best.

Thursday, June 23, 2011

Pengawas.

Pengawas atau kata akarnya awas. eh, macam pelik lak. awas tu jaga-jaga. ke tengok-tengok? pape jela. dalam kes hari ini, aku nak bincangkan pasal pengawas. orang yang awas, atau orang yang jaga-jaga atau orang yang tengok-tengok. 

Ok. cukup untuk intro. 

Pengawas ni macam-macam jenis sebenarnya. takyah la korang nak pikir pe makna sebenar perkataan awas tu. kalau betol pun pe korang pikir tu, takdenye aku nak bagi hadiah kete myvi baru bagai. ce pikir perkataan pengawas tu merujuk kepada sape.

# 1 : Pengawas sekolah.



Haa. ni kalau sape yang tak tahu pe tu pengawas sekolah, aku tak taula nak cakap ape. budak darjah 1 yang baru masok skolah pon insylh tau pe tu pengawas. dulu masa aku sekolah menengah, kalau tak silap aku masa form 1, aku pernah terpilih jadi pengawas sekolah. kita stat citer sekolah menengah ye, sebab aku rasa aku ni ntah pape je masa sekolah rendah dulu. malu bah nak citer. ok.sambung. pastu masa tu lebih kurang 10 orang kawan-kawan aku yang dapat ofer jadi pengawas tu, termasukla aku. nak dijadikan citer, oleh sebab terlalu ramai, cikgu da tetapkan nak tolak 2orang daripada kami. tak tahu la camne, aku terreject. tu la episod  pengawas sekolah aku. lucu lak ase. nak gelak cket. hehe

# 2 : Pengawas pusat sumber @ pengawas perpustakaan.

Ni kesinambungan citer di atas. lepas aku terreject dari jadi pengawas sekolah, aku ditawarkan jadi pengawas pusat sumber. mulanya excited. tapi lama-lama aku rasa boring. yela, tiap petang kena p library, kena kemas-kemas library. sory ye, bukannya aku tak biasa datang library, cuma aku bosan la. senyap je. ngantuk dowh. tapi lebih kurang setahun jugak aku jadi pss, last2 aku mintak benti, aku letak jawatan.

# 3 : Pengawas peperiksaan.



Sape yang tak pernah amek exam, mesti tak tau sape tu pengawas peperiksaan. tapi sume orang mesti tau. aku konpem. dari sekolah rendah sampai masuk u sekarang, tiap kali exam, memang takkan ade orang lain la yang akan teman aku tym exam. mesti pengawas exam ni. laki ke perempuan ke, sume ade. seingat aku, tym sekolah, pengawas exam mesti cikgu-cikgu dari skolah lain. kononnya kalau cikgu skolah kita sendiri yang jadi pengawas, takotla bocorkan jawapan. konon la. tapi paling best tym kat u, lecturer sama yang mengajar, lecturer sama yang jadik pengawas, lecturer sama yang tandakan paper tu. syokkk weh.

Emm, ade lagi tak pengawas lain?

# 4 : Pengawas koperasi.

Ni yang terbaru aku ase. certain-certain skolah je ade pengawas ni. macam sekolah aku ade. skolah korang adooo???

Takde da kot yang lain. aku terpikir sampai sini je. sape tau lagi-lagi pengawas lain? mai habaq kat cek.

p/s: aku sempat jugak dapat sijil jadi pss tu. tapi lupa da sijilnya simpan mane. hehe.

Wednesday, June 15, 2011

Hukum berwangi-wangian.


Assalamualaikum.

Bau badan ni, jadi msalah besar. terutama kaum perempuan ni. perempuan kan selalu dikaitkan sebagai seorang yang teliti dan menjaga kebersihan. bukanla nak kata orang laki tak jaga kebersihan, tapi ni secara overall la. hehe. jangan marah ye wahai kaum adam yang budiman.

Rasanya memang lumrah, nak elak dari badan berbau, kita pakai perfume bagai. macam-macam jenama, macam-macam bau. kadang-kadang bau terlalu kuat tu, adoiii pening dowh. rasanya duk dekat pon tak nak.

Sebut pasal wangi-wangian bagai ni, aku ade satu citer. citer ni masa aku sekolah menengah dulu. bukanla niat aku nak mengaibkan cikgu aku tu, tapi ni sekadar berkongsi. andai kata cikgu yang aku maksudkan nanti ade terbaca entry cute aku ni, saya mintak maaf cikgu Rohani. (bukan nama sebenar)

Cikgu Rohani (bukan nama sebenar) ni cikgu geografi aku. masa tu aku baru tingkatan 3. budak-budak lagi la. tak akil baligh lagi pn. haha. bohong semata-mata.

Cikgu ni dulu sorang yang cute. kurang 1% cute dari aku. she is specky. tapi garang dowh. tapi baik jugak kadang-kadang. hehe. ok. berbalik pada kisah wangian. dulu masa aku form3, class aku duk aras 3, tinggi la, pastu duk kat bangunan yang agak jauh dari bilik guru. so kebuat bisingan tu memang takleh nak elak la. tapi yang paling aku kagum, bila tiba je tyme clas geografi, sume mesti diam sebelum cikgu masok. senang citer sume da bersiap sedia sebelum cikgu Rohani tu masok kelas lagi. korang nak tau nape? sebab cikgu rohani ni kan, dari jauh da bole bau perfume dia. fuh, kuat dowh! 

So camne ye? bole ke pempuan pakai perfume kuat-kuat camtu? pe hukum kalau ikot hukum agama kita ye? aku tak pasti la.

Pastu kan, baru-baru ni. aku p keje kan. aku pektikel, diletakkan under qc department. pastu bawah supervisor aku, ade qc inspector. tu intro, ni citernye. waktu tu aku baru masok. konon-konon nak wat rajin nak p tolong dia. tiba-tiba dia cakap.

" wangi la bau ja. (dia panggil aku ja ok?haha). pakai bedak pe ja?"

" mana ade pakai pape."

Dalam hati aku, aku rasa serba salah. berdosa tak aku bila aku sebabkan orang laki cakap aku camtu?. ntah. aku tak pasti. ketidakpastian tu menyebabkan aku terdorong untuk tanya kat kawan aku. dia ni alhamdulillah, alim la. ilmu dia pasti lebih dari aku. nak tau pe dia jawab? dia jawab cmni.

" perfume ni tak salah kita nak pakai. tapi sekadar untuk hilangkan bau badan. tapi kalau wangian tu baunya terlampau, maknanya macam tadi, 4batu jauhnya bole bau lagi, tu haram hukumnya. sebab tu bole menarik perhatian lelaki."

Emm, tapi aku still tak puas hati sebenarnya. yela. tadi sampai qc inspector tu tegur aku camtu, aku ase macam tak best. ntah la.





So, moralnya, wahai kaum hawa yang comei-comei, jangan terlalu berlebih-lebihan kalau ye pun nak mewangi ye. cukup la sekadar hilangkan bau yang tak enak je. janganla setiap inci nak taruk perfume. di samping dapat dosa kat situ, korang juga da dikira membazir, cepat sangat abes perfumenya. tak gitu?hehe.

p/s: aku ade 2jenis perfume je. satu one drop, satu lagi two drops.hehe

Sunday, June 12, 2011

Piala FA 2011 milik terengganu.

Assalamualaikum.

Waduh-waduh, gawat sih! sini sana orang duk citer pasal perlawanan bolasepak malam tadi. aku pun turut serta la. of coss! aku tengok kan? hehe.

Giler hebat manaf mamat semalam. biar la orang nak cakap ape, tapi aku salute la kat beliau. yela2, joseph kalang cat pun bagus gak. tapi nak manaf mamat jugak.hehe. hebat dia semalam. kerap cari peluang nak bolos gol kelantan. akhirnya kalah jugak si khairul fahmi tu. keh3

Mujur la aku sempat jugak sms kat manaf semalam. sebelum game.

 " gudluck ye awak." . ok. aku tipu. jangan pecaya la. 

Kegembiraan yang teramat mendorong kegatalan tangan aku untuk mengupdet status kat fesbuk. 

ganu menang! yeay!

Fuh, giler ramai yang ngelike. ofcos rakyat jelata ganu yang ngelike tu. tak mungkin anak jati cik siti wan kembang sebab mesti la dorang tak puas ati aku post camtu. tapi..ade aku kisah?

Pas aku post tu kan, ada la yang comment kat situ. ade komen mnyokong, ade gak komen nak marah.(nak aku gtau ke orang yang marah ni orang ane? takyah kot kan?)

Ok, part tu aku tak la kisah sangat. yang wat aku angin sikit, ade lak yang siap tag aku,konon nak bantah pe yang aku cakap. korang nak tau pe dia ngomong?

" kebetulan je tu pn..kalu daudsu x wat gol ko ganu,klate meney doh...daudsu beci kelih player ganu xwat gol lg...haha "

Panas aku. nak marah tol. aku tak balas pon komen tu, sebab aku takot gado besar nanti. bahaya jugak isu-isu negeri ni. aku pulak jenis anti bile ade orang kutuk negeri aku. tapi  takyah la aku cakap sape gerangan yang mengutarakan komen yang tak sedap didengar ni, sebab aku da rasa nak marah ni.

Ishh. cool beb. cooolll!!

Pape pun, sekalung, seguni, setapperware, sedozen tahniah aku ucapkan kat player ganu. tahniah buat korang. terime kasih sebab membanggakan kami rakyat ganu darul iman. semoga kalian akan terus success and gudluck untuk liga super lak. jadikan kemenangan kali ni sebagai pendorong untuk terus mencapai kemenangan dan kecemerlangan pada masa akan datang. 

Terasa panjang berjela lak ucapan aku. agak-agak ade x player ganu yang bace ye? yang lain aku tak kisah sangat. tapi aku berharap jgak manaf mamat sudi singgah baca entry ni.keh3

Last sekali, terasa mahu menyumbang suara yang lunak merdu ni. aku nak nyanyi lagu negeri ganu sikit boleh?  macam da lama je tak nyanyi lagu ni. last aku nyanyi rasanya masa sekolah menengah. ke salah? ntah. siyes. aku lupa.

Berdiri tegak sume!

Allah selamatkan tuanku sultan, terengganu darul iman..
Allah daulatkan tuanku sultan, sejahtera sepanjang zaman..
Allah rahmatkan tuanku sultan, memerintah rakyat amannn...

Ok, bole duduk semula.


ku sangkakan penyu bakal menangis, rupanya kijang yang patah kaki. (ni bkn ayat aku. copy paste je.)


p/s: aku sure sangat yang si pengomen tadi tu jeles bangat ganu menang. tu la. jangan cakap lebih sudu dari kuah. (wah..patotla BM aku A1.hehe)

Saturday, June 11, 2011

Kahwin.

Assalamualaikum kum kum. hehe.

Tengah asyik-asyik duk layan ulangan maharaja lawak yang minggu lepasnye, datang sorang pakcik and makcik. sekelamin la kalau ikot panggilan mak aku.

Haa. lagi satu undangan perkahwinan. yang ni entah ke brape da sampai kad kawen. tapi alhamdulillah la, orang nak bina masjid kan, bagus pe. kita tolong la raikan. tak gitu?

Sepanjang cuti sem 4bulan ni, wah giler ramai nak kawen. cepat betol dorang sampai seru kan. aku yakin mesti ada student-student yang akan kawen jugak dalam masa cuti ni. naik2 sem nanti je, da boyot. keh3

Takpe la, da jodoh sampai awal. best pe kawen awal. bole gak elak macam-macam perkara tak elok. tapi aku tak sampai turn lagi. ngah tunggu giliran gak ni. haha. giler gatal kan? tau da. mak aku pun cakap gitu bile aku sebut hal kawen ni depan dia.

Baru-baru ni ade sepupu aku kawen. tapi kali kedua la. (opssss!! tersasul sudaa). tapi tak kisahla. kita doakan dia bahagia ngan suami baru dia tu. janganla sampai ade yang ketiga. heee

Bagi aku, nak kawen ni bukan senang. banyak aspek kita kena bersedia. bukan setakat zahir, tapi batin jugak kena cukup bersedia. haa, jangan pikir bukan-bukan. bukan gitu maksud aku. tapi yela kan. pas kawen, macam-macam kita kena tempuh. hubungan ngan mak ayah mertua, suami and adek beradek belah suami kita kena jaga. tambah-tambah kita yang pempuan ni. bukan senang nak get along ngan family suami. kalau kita ni menantu kesayangan tu lainla. tapi kalau kita ni sebaliknya?

Tu blom cakap soal bajet. sebelom kawen ngan selepas kawen. fuh, berpeluh dowh! masa kawen nak grand2 bagai, tapi pas kawen sengkek. takde maknenye. sebab tu la dalam islam sendiri melarang kita berlebih-lebihan. wat sekadar termampu dan besederhana je. takyah la nak wedding of the year bagai. 

Eh, tapi bukan niat aku nak halang orang bina masjid. sikit pun takde niat. siapa la aku nak ubah takdir Allah kan?

Tapi best jugak kawen ni. haha. sape taknak kawen? mesti takde punye. sume nak kawen. sume nak rasa nikmat hidup berumahtangga kan?

Ish. pe la kawen-kawen ni. lambat lagi la. 




Pape pun, selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang akan bertukar status. selamat menjalani kehidupan yang baru. selamat bertukar status.

p/s: Ada makna aku cakap siaran ulangan tu. hehe. tapi takde kot pihak astro yang baca blog aku ni.

Friday, June 10, 2011

Akhirnya.

Assalamualaikum.

Akhirnya. masa yang diharap tak muncul,muncul juga. bukannya niat aku nak menidakkan hukum Allah, tapi jauh di lubuk hati, aku akui aku takot nak hadapinya. hari result kua. korang camne? tak kira la result pmr ke, result spm ke, result final sem ke, mahupun upsr, luruh jugak jantung kan?

Tapi kalau sebelum dapat result, tu la tym paling best.

Aku tau, bagi student-student macam aku la kan, hari pas exam, sebelum dapat result adalah heaven. wah, tym ni la rasa macam da lepas beban besar2 atas bahu. kalau sebelom exam kan, minggu study week tu kan, makan pun tak lalu. mestila..sebab duk ingat banyak lagi tak study. tengah-tengah duk study thermo, tengok orang study subjek lain, duk pikir yang tu tak study lagi. da tu camne?

Tapi sume tu da lepas. ni da sampai masa nak tengok hasilnya plak.

ni la result yang aku dapat. syukur alhamdulillah.


8 jun 2011, result kua. mulanya ingat takmo cek pon. tapi aku kuatkan hati untuk terima pe pun kputusan yang akan aku dapat.

Syukur alhamdulillah, result aku takla mengecewakan. tapi takla membanggakan sangat. tapi aku bersyukur, padan ngan usaha aku. nak dapat lebih lagi, kena la usaha lebih lagi kan.

Teringat semester lepas. result aku hancussss!! tau hancus? a'ah, memang takde dalam kamus pon prkataan tu. tapi tau da korang paham kan?


Sebab tu, aku rasa bersyukur sangat dengan result aku sem ni. alhamdulillah. just aku frust cket, aku tak dapat capai target aku sendiri. tapi aku akan cuba lagi.

Bukan nak berbangga, jauh skali nak menunjuk-nunjuk. niat aku just nak share-share perasaan gembira aku sekarang. alhamdulillah. korang happy kan untuk aku?

p/s: my blogger fren a.k.a my coursemate, YUKI, result ko camne weh?


updet: baru aku pasan. aku tak gtau pointer kn?haha. kirenye keje rumah la untuk korang yang rajin. kire sendiri la ek.keh3


Fuhh. legaa.



Alhamdulillah. terima kasih ya Allah.

Tu je yang bole aku cakap. kalau sape-sape yang perasan, da berbulan-bulan aku tak updet. bukannya bz sangat pun sebenarnya. tapi blog aku ni problem. takleh nak sign in. adoi, tension aku.

Ari ni aku bukak pagi tadi pun takleh. pastu tergerak ati aku nak buat blog lain. tup-tup, terus boleh sign in. tau takot.keh3

Macam-macam berlaku sepanjang aku takleh updet ni. kalau ikotkan ati, nak je aku citer sume kat cni. tapi rasanya boleh jadi 4,5 entry kalau aku nak citer. nanti la. slow2. biar lambat asal happy.macam pelik je ayat ni. biar r, ade aku kisah?

Emm, pape pn aku happy sangat-sangat ni. kalau mse kat ostel dulu, aku sampai nanges-nanges sebab silap tukar template blog, ni blog takleh bukak apatah lagi kan? aku ade wat entry pasal ni. try stalk-stalk SINI.


ni adek-adek aku a.k.a pembaca setia blog aku.hehe


Alhamdulillah. terima kasih ya Allah. suke ni sebab boleh kembali mengapdet, walaupon takde yang bace. eh adela..adek aku!hehe

Ade lagi aku nak citer. nanti ye. mood ngah happy giler ni. hehe



p/s: rasa macam nak wat kenduri kesyukuran je.huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...