Saturday, September 25, 2010

For The Rest Of My Life by Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me

And I`m here with you

Now let me let you know


You`ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along

OOOOO


And theres a couple words I want to say

For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

To the end of my time

I`ll be loving you..loving you


For the rest of my life

Through days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I& I`ll be there for you


I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you

And I ask Allah to bless all we do

You`re my wife and my friend and my strength

And I pray we`re together eternally


Now I find myself I feel so strong

Everything was changed when you came along

OOOO


And theres a couple word I want to say


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

To the end of my time

I`ll be loving you..loving you


For the rest of my life

Through days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I& I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here

In front of me I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that I`ll love you eternally


For the rest of my life

I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true

To the end of my time

I`ll be loving you..loving you


For the rest of my life

Through days and night

I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I& I`ll be there for you



I know that deep in my heart..


Wednesday, September 8, 2010

kenangan pahit pulang beraya

Aku hepi sesangat. Yela, nak balik beraya kan?sape xgembira. nak jumpa mak, ayah dan adik beradik semua. Namun dalam kegembiraan aku pulang beraya tu, satu peristiwa yang sedih berlaku. Sedih bagi aku la.

**********************

Lebih kurang pukul 545 petang, aku tiba di Kangar. Bus aku pukul 645. Lambat lagi. So aku pun lepak2 la ngan kengkawan aku dulu, Linda, Nadia, Aton, Farah, Atie n Aini. Kebetulan pulak, hari tu dorang jadik baik hati nak anta aku balik beraya. Tp anta naik bus jela kn?hehe. Tapi takpe, time ksih banyak - banyak ye kengkawan.

So, lebih kurang kul 630 tu, kitorang berpecah la. Sebab dorang sume nak berbuka puasa kat kepsi, so takot ramai sangat orang, dorang nak p sana awal sikit. Aku pun lepaskan la dorang. Bapak sedey ayat op?haha. Tapi aku okey sebenarnya, sebab si dia sayang sedang tunggu aku kat bus stand tu. So aku pun melangkah pergi ke bus stand.

**********************

Sampai kat bus stand, muka si dia sudah manyak kelat. Marah! Aku da agak da sebenarnya. Lama kot dia tunggu aku. Kesian jugak.huhu. Sory sayang.. Tapi aku wat derk jela kan?xkan aku nak wat sumthing yang akan menambahkan lagi kemarahan dia tu. Nanti haru jadinye. Da la aku nak balik kampung da time tu. Nanti xpasal2 gadoh besar lagi, tamo la aku.hehe

Aku nk sejukkan hati dia tu, aku berborak la. Muka aku lak time tu penuh ngn muka kemanisan. Yela kan, nak maniskan muka yang masam tu.hehe. Tapi sebenarnya aku sdih tengok dia camtu. Dia marah aku. Da la ari tu last aku jumpa dia sebelum aku balik. tapi xpela..yang penting sekarang da oke.hehe

*********************

Tu baru mukadimah. Belom masok cerita sebenar. 645,bus da ada. Aku orang last yang belom naik. Rasanya pakcik bus tu tunggu aku naik je nk gerak. Aku lak bukan tamo naik, aku tunggu dia. Dia tolong belikan aku burger, nak wat berbuka dalam bus nanti la kononnya. Trima kasih sayang. Awak baik sangat. Nak je aku cakap camtu kat dia, tapi ari tu xsempat.huhu

Aku pn naikla bus setelah burger idaman ada di tangan. Banyak barang aku bawak. Yang jadi haru lagi aku duk bahagian atas, so kne panjat tangga lagi. Sekali nyesal plak mintak tiket sit atas. Tiba2, gedegang. Ada barang jatuh. Mulanya aku wat derk je sebab aku ingat botol air aku terlanggar kerusi. Aku pn jalan jela cari tempat duduk. Tiba2 aku perasan fon aku xde. Eh, mane fon aku?puas aku cari. Dalam beg xde. Dalam poket xde. Eh..mane ni? Aku da cuak. Turun bawah jap. Si dia da cuak. Tolong cari nset. Hilang ni. Aku da nak nanges. Waaaaaaaaaaaaaa...nset aku!!!!

*******************

Dalam bus, bus da jalan. Takade ape yang mampu aku wat selain cari dan cari dan berdoa." Ya Allah, Kau temukan la aku ngan nset aku.huhu"






Aku teringat tiba2..tadi ada sumthing jatuh kan mase aku naik bus. Ntah2 nset aku x. Aku pn cari la. Terbongkok2 jugak. Tiba2 aku ternampak cover getah nset aku. Eh, xkan ade cover ni je. Mane nsetnye?" Aku jmpa cover tu bawah kaki akak tu. Aku da xcdap ati. "Akak, akak ade nampk x nset saya? Jatuh kt sni td. Sebab cover ni ada, tp peliknya mna nsetnya?"
" Akak xtau dik. Try la cari lagi. Lagipn bus ngah jalan ni. Pening nk cari tym bus ngah jaln ni.". " Akak tgk la bawah2 tu. Saya jumpa cover ni bawah kaki akak. Pelik la. Camne bole tanggal dari nset kalau xde orang yang tanggalknnya?". " Mane akak tau."

"Aishh..xley jadi ni."
Aku beranikan diri tanya sorang akak yang duk kat single sit tu. "Akak ada nampak nset saya jatuh td?". " Xnampak."

Tak mungkin. Aku pasti mesti ada kat sini. " Akak, saya bukan nk tuduh akak. Tapi bole x akak bukak beg ni? Saya nk tengok." Aku beranikan diri. Aku sendiri pun trkejut sebenarnya. Tapi demi nset aku, ape pn aku sanggup wat. Kalau stakat nak tnya cmtu, xde hal la.

Xde. Akak tu macam da bengang ngn aku. Yela, aku mcam tuduh dia kan. Ahh..pedulik hapa aku??!!

Aku xtau nk wat camne lg. Tibe2 ade sorang laki ckap. " Meh nk try miskol. Bak sini number." Aku pn bagi la. Tapi hampa. " Xdapat.."

**************

Puas aku pikir. Last2 sekali aku turun kat tempat driver. " Pakcik. tolong saya. Nset saya hilang. Pakcik tolong la. Xkan la covernya ade, tapi nset xde." Aku da nak nanges. "Awak cicir ke?"." Xmungkinla pakcik. Saya xrse cmtu. Sebab masa saya nak naik bus tadi, nset tu jatuh. Tapi saya cari td xjmpa.". " Try cari lagi. Msti ade tu.". Pakcik tu bg aku harapan.

Sedih. Aku naik balik ke bahgian atas. Terintai2 bawah kerusi. Tiba2 aku nampk nset aku. Tapi malangnya da bercerai berai dari bateri sume. " Alhamdulillah ya Allah.." Aku jmpa balik nset aku.


camnila lebey kurang nset aku mse djumpai tu..


Aku balik ke tempat duduk aku. Pasang balik nset tu. Tengok kot2 ade mane2 rosak. Alhamdulillah xde. Tibe2 fon aku bunyi. No xdikenali.

Lelaki: Awak da jmpa nset awk?
Aku:Da..
Lelaki:Nape awk ckp akak tu yang amek?
Aku: Saya bukan nk tuduh dia. Tapi cover tu duk kat kaki dia.
Lelaki: betol la firasat awk tu. Memang dorang yang amek nset awk.
Aku: Hah??? Awak bia btol. Cmne awk tau?
Lelaki: Saya tau la. kan saya duk kt depan sit dorg.
Aku : Tapi nset tu duk bwh krusi awk.
Lelaki; Memang la. Dorg letak kt ctu.

Aku tergamam. Ketar tangan aku. Ya Allah.. takotnya aku.

Kejadian aku wat aku lebih berhati2. Aku harap ianya tidak lagi berlaku. Cukup la sekali. Aku tak mahu menangisi kehilangan nset aku lg. Insylh..

Tuesday, August 31, 2010

teori kasih dan sayang

Sedang aku sibuk mengerjakan lab repot yang bertambun menunggu giliran untuk disiapkan, aku terkejut dengan sapaan YM dari seorang sahabat lama sewaktu di sekolah menengah dulu. 'Hai..lame xdengar cerita.'. Terkejut beruk gak la aku. Bukan tak sangka dia akan YM aku, cuma yela kan, aku kan tengah ralik menulisi repot aku yang menggunung tu, so agak terperanjat la dengan sapaan yang secara tetiba tu.(macam skema pulak ayat aku ni.ahh..lantakla. Yang penting aku bahagia.ye dak?)



Aku pun layan la. Yela..aku tak layan kang dicakapnya aku ni sombong pulak kn? Padahal belajar kat KU je pun. Bukan u yang besar2. Tapi alhamdulillah, aku bersyukur sebab masih ada peluang untuk aku belajar, tambah2 dalam bidang yang aku minat. Wah....bunyi macam happy sangat ngan life sekarang kan?hehe





*************************************

Aduh, panjang betol mukadimah aku. Ni tak masok lagi cerita yang sebenar aku nak cerita. Ish aku rasa kalau dalam lecture ni, konpem2 student da tido kalau macam aku ni gaya lecturernya. Haha. Tapi tak ape, korang2 jangan risau. Akan aku pastikan korang xjemu baca entry aku ni.

Okey2, berbalik pada cerita kawan aku tadi tu. Kami pun mula la berYM. Bermula dengan soalan biasa, sampaila kepada tahap soalan yang agak sensetif. Tapi sebenarnya takdela sensetip mane pun, saje jela aku wat nak kasi gempak cket.Haha..






Camni. Ehh, lupa lak nak kenalkan kawan aku tu. Name dia syidah. Ok, kitorang pun berborak2 la. Tanya pasal study, pasal diri sendiri dan last skali pasal yang istimewa tu. Alaa, pakwe la kalau dalam istilah standard, ataupun orang kelantan cakap gewe, orang kedah panggil marka, dan macam2 lagi la. Penuh entry ni kalau aku nak sebutkan satu2. Kang xpasal2 lari tajuk kn? Kalau dalam karangan BM, konfem2 cikgu BM da bantai abes ni. Silap hari bulan, title C atas kertas karangan. Haha.

Syidah pun menceritakan la pasal gewe dia. Emm, sory la beb, aku macam prefer sebut gewe je, korang xkisah kn? Gewe Syidah orang kelantan jugak. " Mula2 aku jual mahal jugak, tapi last2 aku yang cair." Aku pn tanya lak," wah..yang hop mu uplod gambo dalam fesbuk tu ke dah?". "Yup, yang tu la.". Aku terkesima. Rupanya betol la telahan aku. Bukannya apa, langsung takde niat dalam hati aku nak merendahkan gewe Syidah tu, cuma macam xmatch la. Tak match macamane tu tak mo ler aku gtau kat cni. Kang cakap aku mengaibkan orang lak kan? Pape pun aku mintak maaf ye kepada empunya diri, takde niat di hati suci mulus ni nak kutuk atau ape. Sama2 la kita bermaafan dan memaafkan di bulan Ramadan yang mulia ni, xgitu?hehe.
Ape pun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat2 aku. InsyaAllah semoga sampai ke jinjang pelamin hendaknya. InsyaAllah..amin.





Then, dia tanya pasal aku plak. Adus, kena jugak rupanya. Punya la aku nak lari tadi.hehe. Bukan taknak bercerita, cume rase segan itu ada. Tapi nak bgi fair kan, aku cerita jugak la cket2. Ok, aku nyer orang utara. Bukan Perlis mali, negeri yang aku jejaki sekarang, tapi jiran sebelahnya, Kedah Darul Aman. Aman ke?hehe.alhamdulillah.." Wah, mentang2 belaja kat utara, hang carik orang utara ye?", tempelak Syidah. " Haha,xla dah. Orang kata pe, da jodoh kan,hehe. Aku pulak pandai je bela diri. Yela kan, sapa yang nak diri kena perli2?

Tapi kan, sebut pasai kapel ni, aku teringat perangai kawan aku ni dulu tau. Masa tu aku form5, kitorang duk asrama, kononnye nak tumpu study lebeh la. Yola sangat kn? Haha. Gini ceriteranya. Kawan aku ni dia ni tak kapel tau. Bukan tak cantik, cun, ade cmpur2 iras2 chinese gtu, cket lagi nak sama ngan Datuk CT tu.hehe.
Kawan aku ni, dia baik ngan sorang akak senior tu. Awal2 tu ok la kan, baik, selalu jumpa. Lagipun bilik bukannya jauh sangat. Kadang2 akak tu datang bilik kami, kadang2 kawan aku ni yang ke bilik akak tu. Camtu la ceritanya hari2, sampaila lebey kurang setengah tahun. Yela kan, senang cerita sesi pertama persekolahan la. Semester 1. Masok semester 2, perangai kawan aku ni dan akak tu sedikit berbeza. Akak tu slalu datang tido di bilik kami, satu katil ngan kawan aku tu. Mulanya kitorang takde pn syak pape, tapi lama2 tengok, perangai dorang macam plek. Adus, nk kena aku gtau kt cni ke? korang agak2 sendiri la ye. Tapi perkara ni mungkin tak betoi, anggapan kami je. Harapnya macam tu la. Benda ni berlarutan sampai la kitorang exam SPM.
Abes SPM, maybe da abes drama tu. Mudah2an la kan.

************************

Pe yang aku nak kongsikan kat cni, takdela pe yang best sangat pn. Cuma nak cakap, manusia ni perlukan kasih sayang. Naluri remaja, ingin menyayangi dan disayangi. Tapi ingat, jangan silap langkah.

Sekian, wasalam.

qwasdert~

Monday, August 30, 2010

Saturday, August 21, 2010

Al - fatihah~

assalamualaikum..

aku baru bangun sahur..

dalam keadaan mamai2, aku bsuh muka..

tbe2..aku dikejutkan dengan satu berita yang amat sukar untuk aku terima..

'ayah chek da meninggal.." salmi gtau..

"hah??!!"

aku terkejut..innalillahiwainnailaihirajiuunn..

satu berita yang betol2 membuatkan hati aku meraung teringatkan kedua ayah ngn mak kt umah..

tanpa aku sedari..air mata bergenang di kelopak mata aku..

ya Allah..kesiannye chek..nk raya da ni..

sedihnya aku rse..ape la agaknya yang berlaku kalau aku berada kat tempat chek?

huhu..aku pasti xleh terima hakikat yang amat sedih ni..

arwah meninggal disebabkan sakit jantung..walhal pada awalnya ia tidaklah terlalu kronik..btol

la..ajal maut di tangan Allah..

harap chek dan keluarga dapat menerima dengan redha..

setiap manusia pasti akan mengadapNya..cuma berlainan masa je..

chek balik dengan menaiki kereta yang dipandu oleh warga unimap yang prihatin..

alhamdulillah..masih ada yang bersimpati dengan keadaan chek dan sudi menghulurkan bantuan

menghantarnya pulang ke kampung halamannya di Terengganu.

kepada chek n family..

kami kawan2 di unimap ni mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..insylh..

semoga chek n family tabah menghadapi dugaan Allah ini, terutama dalam bulan ramadan dan syawal yang bakal mendatang tidak lama lagi..

Al- fatihah..marilah sama2 kita mensedekahkan bacaan Al-fatihah kepada arwah..

Tuesday, August 17, 2010

tentang puasa

assalamualaikum..

sedang aku klik sane klik sini..tbe2 aku trjmpe satu wbsite tentang puasa..

nampak mcm bagus..

rupanya banyak yang kte keliru tentang ibadat puasa ni kn..

jom kte tgk pe kata ustaz mengenai soalan yang ditanya..

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء
“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah saw.

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم
“Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah saw)”


wow..nampaknye banyak yang kte bru blajar ari ni kan..


ilmu utk dikongsi..iman utk diimani..~

by qwasdert.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”

WA. wassalam

Wednesday, August 11, 2010

salam ramadan


assalamualaikum..

alhamdulillah..kita masih dihidupkan lagi hingga ke hari ini..
dengan kudrat yang masih ada, kita boleh menunaikan satu lagi rukun islam kita..
iaitu berpuasa di bulan ramadan..

1 ramadan..

aku melakar satu sejarah..
wat pertama kalinya aku masak untuk juadah sahur aku..
bukannya xpernah masak..
tp ni la kali pertama aku menjamu orang lain dengan masakan dari air tangan aku sendiri..
hehe..

aku masak nasi goreng..walaupun juadah itu tidak la begitu menyelerakan..tp cukup la buat kami yang tinggal di hostel..
bak kata orang seolah-olah tinggal di rumah bujang..
semuanya anak dara..hehe

masak nasi goreng menggunakan periuk elektrik..
sebenarnya ini lah kali pertama aku berbuat demikian..
sebelum ni aku hanya menggunakan kuali kalau bab-bab goreng menggoreng ni..
tp tidak kusangka periuk elektrik ni sememangnya serba guna..hehe

walaupun hanya nasi goreng kosong, hanya berlaukkan telur dadar, cukup la..
walaubagaimanapun ianya tetap membuatkan kami rindu akan saat-saat bersahur bersama keluarga..terasa sahaja suasana riuh rendah makan bersama ahli keluarga, berebut-rebut lauk..
aduh..rindunye..

kalau ikutkan hati kecil aku..mahu sja aku menangis sepuas-puasnya..
mau sja aku beli tiket pulang ke rumah..
tp aku kuatkan semangat..

hari pertama berbuka ni..
aku xtau apekah juadah pilihan aku..
nasi goreng lagi kah?hehe
harapnya tidak..

hari pertama bersahur..
alhamdulillah..subuh aku awal..
seawal masuk waktunya..
insylh bertahan selamanya..

sekian sahaja coretan di awal ramadan..
ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna..
agar dapat kulalui dengan sempurna..

insylh..amin..

coretan~qwasdert

Wednesday, August 4, 2010

spotchek2!

assalamualaikum...


aku brsiar2 ke rumah safi..

tbe2.."eh, dgr2 ade spotcheck..ade rumah da kne dnda rm50 sbb kotor.."

aku tkejut.." btol ke? xknla..kn da mlm ni..xknla dorg nk dtg check blok pompuan kot.." dlm ati aku la..

so..tiade cket pon rse cuak dlm hati..aku teruskan mlm aku mcm bese..

"di rumah aku"

safi tibe2 msg..

"fza.. aku takot la..aku dgr dorg mmg nk datang wat spotcheck ni..". "yeke..tp kn da lwt ni.."

aku ulang pe yang aku fikirkn..tp kali ni btol2 kuar dr mulut aku..dtujukan kpd safi..haha

sedang aku dlm kekeliruan..tibe2...


"pakai tdung..kami nk wat spotchek!"

fuh..garang kot suara akak tu..mujo headset aku beso..xdgr pn..haha

farahin da kalut..aku lagi la..

"cepat2.. bukak extension sume.."

dgn pntas tgn aku brgerak..cabut sume plug2..

dengan sepantas kilat aku mncapai tudung yg trgantung..

"weh..aku tkot la..huhu"

"gee..cepat2..periuk nasi tu!"

kalut btoi kami..sume blaku spntas kilat..

da siap sume..dup dap..dup dap..

neves..

tok3..pintu umah kami diketuk..

"bukak pintu gee..kami tkot"

tok3..bunyi lg..kali ni lagi kuat..cpt2 gee bukak..

n kami pn kuar bilik..

muka cuak xyah ckpla..
huhu

"emm..mne sume ni? bg kad matrik cpt!!"

suara garang akak tu mengejutkan kami..

panik semcm..kad matrik pn lupa da simpan ktne..


haha..


" cepat2..bukak loker n drawer sume!!"

suara garau kedengaran..

dlm kcuakan kami pn menurut je..

tkot jugak..1 malaysia tu..hehe

borak2..tnye itu ini..

dlm hati aku.." bile la dorg nk blah ni???"


akhirnye..

ops sebelum tu..

" ni kettle awk ke pjbt punye??"

" sy punye."

" ok..jgn lupe register kt pjbt ye..sume brg2 elektrik mst register kt pjbt."

aku angguk je..mls nk ckp byk..hehe

and out!

yes2..lega...



haha..dan rezeki mlm td..kami meraikn kelegaan dengan makan kek secret recipy..

yummy2!

cdap..salmi bwk balik..

bru pas celebrate besday pkwe dia..

hehe..rzki kami kn..


mkn kek sambil borak2..

kecoh tol..hehe

abes kek..abes borak..mcm bese la..haha



kenyang!!


go3..tdo!hahaha

sekian dlu..salam

qwasdert~






Sunday, August 1, 2010

gua kelam


assalamualaikum...


baru-baru ni aku join satu aktiviti ppk bahan ke Gua Kelam, Perlis..
seronok sangat..

sebenarnya ni adalah satu program yang kitorang buat bagi mengalu2 kan kedatangan student baru unimap..

pagi tu kami bertolak awl sangat..lebih kurang pukul 730 pagi..

seawal tu jugak kami menaiki bus bintong..aduss sejuk bangat..


aku diarahkan untuk mengawasi para2 fasilitator yang menaiki bus..

ini adalah sebilangan golongan fasilitator..

sebelum memulakan program kami sempat bergambar..hehe..da lama xdatang Gua Kelam

ni..rase sronok sangat..lagipun tym ni kami menantikan student2 baru sampai..



ini adalah sebelum kami memulakan ekspedisi masok ke Gua Kelam..


emm..tym ni sdey sangat..

kami dapat tau hanya segelintir je students yang join kami nyer aktiviti ni..

yang lain kononnye terlibat dengan komitmen lain..

ntah la..awal2 nye kami sdey jugak..

sebab kami da sediakn segalanya..

tapi xsampai sparuh pun students yang join..

tp xpela..wat yang join ni..korang memang happening!


ni lak tym ikram ngn amnah bagi briefing..


aku xckp pn..dorg je..

ni jela students yang join..

jadik mslh plak bile kitorg terpksa agihkn grup len sebab xsume students datang..

kecoh la jugak tym ni..

ade la stdents yang degil..

xmo pisah ngn kwn dorg..

hehe..kelakar pn ad..dorg ni mcm2..

tp last2 dorg akur jugak..hehe



aku, faezah n farah..


terpaksa la kitorg conteng jugak muka ngn water color..

hehe..comel je kn..

ni sume kononnye sporting la..

last2 kaler tu kne tudung aku..

ishh..faezah punye psl la ni..hehe

tp pape pn..korg mmg best r..


ni salah satu grup ngn fasinye..


linda n baiti..

dorang la yang jage grup ni..

walaupn bilangn cket..tp dorg memang best la..

sume aktiviti dorg join..hehe

linda yang kecik tu..kadang2 ade jugak dibuli oleh adek2 mereka ni..hehe


ni aktiviti pertama..


nk ke checkpoint 1, dorg terpaksa berjalan ngn mnutup mata..hehe

lawak tol tgk aksi2 dorg..tp yg bestnye..

dorg lgsg xmmbntah..

cmni la junior akak..hehe


hehe..dorg kne lindungi lilin ni supaya xpadam..


macam2 gelagat junior2 ni..

brsungguh2 dorg..hehe..lilin ni xleh padam..dorg kne jge smbil dorg kne lalui halangan2 tali tu..



ni ha..da kotor2 da dorg..ciannye adek akak..hehe


kotor2 pn sempat lagi posing tu..hehe

nape kotor? dorg kne merangkak masok lumpur..

ish3..jht btol akak2 n abg2 fasi kn..ciannye junior kte ni..

hehe..tp xpela..bkn slalu kn..

yg pnting korg njoy!


penat..hehe

tym ni da abes da explorace..

muka adek2 kte ni nk kpnatan da..

tp xpe..kitorg ade sediakn makanan..

mknla byk mane korg nk..hehe

nyum3!


hehe..facy2 pn da kpntn..


tp still snyum amek gmba..

ni da nk balik da..slpas acara penutup..

sume da ready nk merentasi Gua Kelam semula..haha



ni dlm Gua Kelam..


waktu nk balik da..sempat lagi kami posing kt cni..

xpeduli orang lalu lalang..hehe

walaupn kpntan kami enjoy sgt aktiviti kali ni..

krjasama yang baik dr student2 junior wat kami rse dihargai sgt..

wat korg yang sengaja xnk join aktiviti kami ni, korang memang rugi..

semoga kami dpt menganjurkan lagi aktiviti seperti ni pada masa akan datang..

insylh..dengan kehendakNya..aminn...


sekian..salam..

qwasdert09~

ujian Allah~

assalamualaikum..

aku demam..huhuu..

batuk lg..smpai tak ade suara..

aku kol mak..mak cdey..mak ckp ank mak yg ni slalu cmni...

batuk cket trus xde suara..

mak pesan minum air asam jawa..minum air suam..

sdeynye dengar pesanan mak...

sayangnye mak kat anak mak..terima kasih mak..

kakcik sayang mak..=(




aku xde suara..

diam seribu bahasa...

dalam kelas selalu aku yang paling kecoh antara kawan2 aku..

bile jadik cmni aku la yang paling pendiam..

huhu..

ujian Allah...nk menguji hambaNya..



si dia..

sepanjang aku xde suara..

seringkali datang jenguk aku kat cni..

terima kasih sayang..

byk yang telah awk korbankn utk saya..

kadang2 saya terfikir dapat x saya nak balas budi baik awk..

saya sayang awk..

harapnye hubungan kita ni diberkati olehNya..




kawan2..

aku xde suara..

kawan2 la yang slalu ade di samping aku..

harapnye berkekalan tali silaturrahim kite ini..

insyaAllah..


selepas batuk..sekarang macam nk selsema pulak..

mungkin keadaan cuaca yang kejap ujan kejap panas menyebabkan aku jadi cmni..

huhu..perubahan cuaca ni...

harapnye cepat sembuh..

xtertahan dugaanMu ini ya Allah..


sekian salam..(~o^)

Monday, March 15, 2010

program uniMAP tak diiktiraf???

panas3!!

berikut adalah komen sesetengah pihak berkaitan isu ni.. jom tengok pe kata dorg..~~~~

anonymous 1::

Kosmo hari ini ada menulis menyatakan bahawa 16 kursus di UniMAP tidak diiktiraf. Anda boleh baca menerusi link ini. Tetapi apa yang peliknya, itu sahaja yang ditulis. “16 program tak diiktiraf” dan tiada sebarang penjelasan dan tidak ada sebarang kupasan lanjut tentang hal tersebut. Apa motif Kosmo sebenarnya?

Tulis sesuka hati, nak jual surat khabar punya pasal apa pun boleh. Paling tidak pun berilah penjelasan, korek habis-habis sebelum nak buat berita. Tanya semua pihak yang terlibat dan ketahui cerita sebenar, punca-punca nya, baru buat berita. Nak aku jawap boleh je, tapi tak perlu, tanya la diorang dulu, kenapa tak diiktiraf. Dalam berita tu Kosmo ada petik nama EAC-BEM, JPA dan MQA, badan-badan yang terlibat dengan pengiktirafan, jadi tanya la diorang kenapa UniMAP tak diiktiraf; tidak boleh diiktiraf atau tidak mahu diiktiraf?

Personally, it’s more like political issues rather than academically driven defects.

Regards,

anonymous 2::

Akhbar Kosmo! hari ini dalam ruangan mukasurat 4 menyiarkan berita bagaimana sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menawarkan 16 program yang tidak diiktiraf oleh mana-mana agensi kerajaan di negara ini.

Hanya ada dua program yang menerima pengiktirafan.

Gila ke apa universiti kerajaan yang sudah 9 tahun wujud tawarkan sebanyak itu program yang tidak diiktiraf?

Kalau kolej swasta yang tumbuh belakang stesen minyak buat macam itu, kita tidaklah terperanjat sangat.

Ini apa jadah IPTA yang dinaungi kerajaan boleh jadi macam itu?

Bukankah salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKRA) ialah menyediakan akses pendidikan yang bermutu kepada rakyat?

Kalau IPTA kerajaan sendiri berada dalam keadaan ini, macam mana NKRA ini hendak dipenuhi?

Persoalan terpenting, apakah Kementerian Pengajian Tinggi tidak tahu mengenai situasi itu selama ini?

Apakah yang dibuat oleh Pengurusan UniMAP?

Bukankah mereka bermain dengan masa depan anak-anak Melayu di negara ini.

Para pelajar dan lepasan UniMAP itu semuanya pasti akan mengalami kesukaran mendapat kerja terutama di sektor awam.
Permohonan untuk mendapatkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pun tidak boleh dilakukan tanpa pengiktirafan itu.

Rakan penulis yang belajar di IPTA berkenaan berkata, pengurusan UniMAP berpanjangan menipu para pelajarnya selama ini dengan memberikan pelbagai alasan untuk menutup kelemahan mereka mendapatkan pengiktirafan.

Bagaimana 16 program boleh tidak diiktiraf? Bagaimana?

UniMAP wujud sejak 2001, bukan 2010.

Satu tempoh yang sudah cukup lama untuk memastikan semua program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan.

Sudah ribuan pelajar mereka yang bergraduat tetapi tiada pengiktirafan. Tidak masuk akal langsung.

Apa semua ini? Mereka ambil subjek profesional iaitu kejuruteraan, bukan mudah...sudah tentu bertahun-tahun pelajarnya berhempas-pulas untuk lulus...tetapi untuk apa? Untuk membawa balik ke kampung masing-masing segulung ijazah yang tidak ada nilai?

Persoalannya sekarang, siapakah yang perlu memikul tanggungjawab kesilapan ini?

Pada Lebah Kota, jawapannya ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin sendiri.

Selaku Menteri, beliau harus dipertanggungjawabkan.

Dalam situasi sekarang, di mana salah sebuah IPTA di bawah beliau menawarkan sehingga 16 program tanpa pengiktirafan selama bertahun-tahun, secara prinsip, maka beliau harus meletak jawatan.

Jika beliau enggan, maka Menteri lembab yang juga kawan baik Kahiry Jamaluddin dan dilantik pada zaman gelap Pak Lah ini perlu dibuang sahaja daripada Kabinet.

Sama ada dipecat atau digugurkan sahaja dalam penyusunan kembali Kabinet tidak lama lagi.

Tidak ada gunanya menyimpan orang yang tidak tahu buat kerja terutama di kala Perdana Menteri sedang asyik menerapkan konsep rakyat didahulukan.

Para pelajar UniMAP itulah rakyat yang dimaksudkan beliau.

Selepas Khaled Nordin, maka giliran Naib Canselor UniMAP, Kol. Prof. Dato' Dr Kamarudin Hussin pula, sama ada berundur atau dipecat sahaja.

Beliau pun harus memikul beban dosa IPTA yang dipimpinnya itu.


anonymous 3::

Salam hormat, saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai isu panas ini iaitu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf. Apa yang dikesalkan disini adalah banyak mata yang tidak tahu pengorbanan dan usah yang berhempas pulas oleh pihak Pengurusan UniMAP untuk memperolehi pengiktirafan ini dari badan Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) dan juga Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Adakah pihak luar terutamanya pihak yang hanya duduk dan tengok sahaja ini tahu apa yang Pengurusan UniMAP buat? Jangan hanya pandai untuk menunding jari terhadap Pengurusan. Usaha dari UniMAP telah banyak dijalankan untuk memiliki pengiktirafan ini. Sebagai contoh, UniMAP sendiri telah dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Begitu juga badan Lembaga Jurutera Malaysia juga telah hadir di UniMAP untuk melakukan penilaian. Jangan kerana terlampau cepat pengiktirafan lambat laun lain jadinya. Di pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memainkan peranan mereka. Melalui lawatan YB Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UniMAP beliau secara terang-terangan kagum dengan apa yang telah diperolehi UniMAP hari ini. Isu graduan UniMAP tidak mendapat pekerjaan, ini isu lapuk kerana boleh dikatakan hampir 100% graduan UniMAP selepas bergraduat telah memiliki pekerjaan. Apa lagi yang mahu disangkal? Pihak kami merasakan ada pihak yang tidak selesa dengan pencapaian UniMAP ini. Apa yang diharapkan agar pihak-pihak ini dapat membuka mata mereka dan juga faham situasi pendidikan di UniMAP yang memang memartabatkan para pelajar sebagai Jurutera Glokal yang mampu memenuhi keperluan negara masakini. Graduan UniMAP lebih mendapat permintaan dalam sektor pekerjaan berbanding dengan IPTA lain. Renungkan....

so...siapa kah yang harus dipersalahkan??ntah..lu pkirla sndiri!hhehe

sayonara~~~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...