Thursday, April 19, 2012

Cari kerja.



Assalamualaikum dan hai.


Pe kabar meke meke sume?


Sebenarnya entry ni ntah pape je, tapi jari yang tak bape nk runcing ni rasa nak menaip. so, bagi taknakla  giveupkan jari comei ni, aku nak citer pasal career fair kat dewan 2020 semalam. rasanya makcik pakcik, abang kakak dan adik adik yang duk kat perlis ni jela tau camne gahnye dewan 2020 tu. gah ke? ehem.


Bagi aku career fair semalam macam oke oke je. tak la best sangat. bukan ape, dorang pihak compeni compeni ni macam nak taknak je layan kitorang. ntah la pe dorang pikir. ke dorang ingat macam kitorang students unimap ni takde value? makllum la, unimap ni besar mana la sangat. kampus lak umah kedai. jalan cket jumpa unimap, jalan cket jumpa unimap. merata rata. huhu. sedih. bukan niat aku nak kata pape, tapi tu la. paham paham sendiri la ek. bagi yang tak paham tu, print entry aku ni, rebus atas dapur 1jam, pastu minum air tu. insylh boleh paham. aishh.


Aku takde la refer kat sume kompeni tu. ade certain certain jela. tapi tu la. bagi aku kan. kalo ye pon korang taknak amek kitorang yang kononnya korang tak rasa ade high value sangat, amek jela resume yang students nak drop tu. aku kagum gak ngan kompeni continental tu, dorang cakap siap siap sumenye atas nasib. tapi takde plak dorang halang kita nak drop resume. dorang cakap sumenye atas nasib, atas rezeki. resume yang menarik, insylh ade potential. eh potensi. aku setuju. aku boleh terima dorang cakap camtu. atleast tak la nampak dorang pandang rendah kitorang and aku, yang sedia rendah ni.



Ok, stop dulu la. nanti ntah ape lak yang aku meraban. menangis lak nak baca kang.



Buat sape sape nak datang career fair ni, datang la datang la. kat dewan 2020. semalam and today. datang datang, bawak resume tau. print la lebih cket. takyah sampul la, membazir. haa. pomot ni. cic sayang, takde komisyen ke tolong pomot ni? haha.




kerjasama unimap ngan kpt tu. eh, nampak cun la plak banner ni. takleh bla, biru kuning tak tinggal tu. haaha




p/s: aku p semalam je. tu pon sebab nak cop.huhu

Friday, April 13, 2012

Teletubbies.



Assalamualaikum dan hai.



Sape dulu penah tengok katun teletubbies? alaa. yang ade 4 kaler yang comel comel tu. tak penah? korang pas lahir terus masok u ek? ok.


Teletubbies ni katun dia comel comel gitu. kalo tak silap aku, katun ni glemer time aku sekolah rendah. ade kaler kuning, biru, ijau, ngan merah. dulu aku paling minat yang merah tu, sebab suara dia lembut lembut gitu, macam aku. kah kah kah



Ni dorang.






Yang ijau tu plak, aku paling tak minat. sebab dia gelap cket. eh eh, jangan salah paham. bukan aku tak suka orang gelap, katun je. aku suke la orang gelap, manis suwit suwit gitu.



Ok. abes intro.



Sebenarnya tujuan entry ni aku nak gtau, adek aku panggil aku teletubbies. ntah kat mane la samenye muka aku ngan teletubbies tu. takde langsung samenye. kan kan kan? angguk da?emm. baik korang.








Sumenye gara gara gambo ni. tak macam teletubbies kan? comei kan? haa. yang geleng tu meh beratur aku nak tendang cket.







p/s: malu la plak letak gambo ni. nak remove bulih dop?

Monday, April 9, 2012

Karam tak karam.



Assalamualaikum dan hai.




Korang rajin tengok berita tak? weh, perlu kot. kena tau jugak isu isu semasa. terutama untuk orang yang malas bace paper macam aku ni. kalo ade paper pon, aku prefer tengok tengok gambo je. kecuali kalo gosip artis, memang cepat la. ade tak korang yang sespesis ngan aku?



Ok. sape tak kenal karam singh walia? helo helo, ala. si nsem ngan tredmark tangan terangkat ngan otomatik tu. sape yang tak kenal tu aku tak tau nak cakap la. p kemas beg, duk dalam gua lagi bagos.



2malam lepas kalo tak silap, aku tengok karam kuar tv3. saje panggil karam, macam manje je bunyik. tak gitu?hehe



So macam bese la, sape yang kenal karam ni tau la. tiap kali kat hujung hujung berita dia tu, mesti ade peribahasa pelik bin ajaib yang akan kuar. dan sepanjang yang aku tengok la kan, tiap kali pon peribahasa karam memang tak pernah sama. selalu ade peribahasa baru punye la yang kuar.



Aku pon cakap la kat adik aku. ' karam ni hebat la. sokmo ade peribahasa. pelik pelik plop tu. bla bla bla..'. pastu adek aku pon jawab. ' memang la. tapi cikgu cakap peribahasa dia tu takleh pakai pon. dia create sendiri je tu. takdop dalam buku pon.'



Ohh. baru aku tau. siyes selama ni aku pikir, karam ni mesti ade sebijik atau lebih bijik buku peribahasa. sebab dia nak masokkan dalam berita dia. mesti dia study abes abes sebab nak carik peribahasa yang paling ngam la ngan berita dia. ohh. betapa inesennye aku kan.



Korang ade tak pikir macam aku? ke memang korang da tau pasal ni? aku sorang je ek yang baru tau. takpe, merendah diri tu bagos. haha. tetibe.


So dengan segala hormatnya aku nak kenalkan wartawan yang paling tak lapok. hehe



tengok tangan dia. tengok tangan dia. hehe





p/s: stress bila merindu.

Serabut.



Assalamualaikum dan hai.



Serabutnya rasa. otak duk pikir pasal fyp yang xsiap lagi tu. tapi pada masa yang sama, aku tak sampai hati nak tinggal mak sorang sorang kat umah.


Ya Allah. serabut sangat rasa. 




Stress. stress. stress.



Ye, tau. gamba takde motip. tapi aku sangat stress.:(



p/s: sangat sangat nak cepat abeskan cuti ni. tapi sangat sangat nak lambat jugak abes cuti. waaa..

Monday, April 2, 2012

Berbuka puasa.

Assalamualaikum dan hai.



Yey. jam kat lappy aku yang besau gedabak dan overweight ni da pukul 520 petang. ce kire bape jam lagi nak azan magrib?


Yes yes yes. aku puasa. pandai korang. 


Memang sekarang bukan bulan pose, aku puasa ganti. yela, hutang kena la bayar kan. time ramadan taun lepas, seminggu kot aku menjamu selera di siang hari. jahat kan bunyinye tu. tapi tu la hakikat. orang kata bersusah susah dulu bersenang senang kemudian kan. tapi nampak gaya aku ni, bersenang senang dulu bersusah susah kemudian. aku memang camni. so takyah pelik eh.



InsyaAllah kalo abes ari ni, mesti abes la, tinggal lagi 2 hari. emm lagi 2 ari tu sambung minggu akan datang la plak. hari kamis ni memang konfem konfem melefem la takleh. mau balik kampung maaaa. takkan nak bukak pose dalam bus. sebak tu. kang tak pasal pasal aku sosek sosek dalam bus tu sorang sorang. lainla kalo ade yang nak teman.



Emm. hari ni nak berbuka nak makan pe ye?



Bihun tomyam! yes yes yes. diet ni. takyah makan nasi la. hee;p



tak terliur sangat la. so so je.




Japg nak kuar p beli makan. tak sabau lak. perut da berbunyi lagu dangdut. eh silap, lagu najwa latippp la. lagu baru dia tu. haaa. kosong tu leerr. kan perut kosong ni. hehe. relate kan? okla tu.



Penah tak denga lagu ni.

Telefon berbunyi ring ring ring..
Kuangkat kutanya siapa.
lalala~



Lagu masa kecik ni. tapi sampai ke besau duk nyanyi.




Ok.bye~





p/s: first time aku tulis entry tak sampai 10 minit. sekarang jam 528. hebat kan? tabik tabik.

Kaitan skipping dengan ketinggian.

Assalamualaikum dan hai.



Hey awop awops, penah dengar tak kalau main skipping banyak banyak boleh jadik pendek atau rendang tak berbuah atau rendah serendahnya? penah dengar?


haa. ni la tali skipping. sape yang gelap gambo sangat pasal pe tu tali skipping. ni aku tolong donlod gambo bagi ekau nengoknye ha. konfem penah main ni. masa skolah rendah dulu kan. ke ade yang pas lahir terus masok form1?


Haa. tu la. aku pon tak pernah. tapi ade la sorang tu duk kata kat aku, jangan skipping banyak banyak takot makin pendek. sape setuju ngan dia? korang setuju ngan aku. kan kan kan?



Ok back to da story. skipping by using tali skipping is a method of kuruskan badan. banyak da aku tengok orang kurus ngan cara tu. bukanla maknakata sekarang ni ko makan kepsi dinner plate, pastu selang 2jam sambung lak makan pizza, pastu selang sejam sambung lak makan mc'daddy, and then petang ni ko skipping 100x. takde maknenye nak kurus kalo camtu gayanya.



Ni aku wat perumpamaan la kan. ko makan nasi, tapi dalam kuantiti half dari yang bese ko makan. then malam ko makan biskut, tu pon sebelom jam 7. malam pas magrib, ko skipping around 300-400 kali. rasa rasa ade potential nak kurus tak? tu yang aku amalkan setakat ni. rasa rasa jadik tak? doa untuk aku eh.


Eh, pe point aku tadi?



Haa. pasal skipping. eh jap jap. korang tau tak ape tu skipping. bukan skip clas macam yang bese korang buat tu tau. ni lompat lompat pakai tali bagai. 



Ce pikir, makin kita lompat makin berkurang ke ketinggian kita? betol eh ade kaitan? ataupon secara saintifiknye, pembolehubah dimalarkan kat sini ialah orang yang skipping, iaitu aku. pembolehubah manipulasi lak, jumlah lompatan aku alias kekerapan aku berskipping. dan lastly pembolehubah bergerakbalas kat sini ialah ketinggian aku. ok sekarang gtau aku, pe hipotesis awal kat sini?



Orang tu selalu cakap kat aku. jangan skipping lompat lompat banyak sangat, nanti makin rendah. yes, aku memang rendah. tapi aku still takleh terima teori yang kata kalo skipping lompat banyak kali akan decreasekan akunye ketinggian. helo there, anybody can help me?



Plis plis plis, kamu jangan nakal. kupergi sebentar bukan untuk curang. oh oh plis plis plis. 


Alamak terpesong. sory sory.


Back to normal.


Ok sekarang ce citer, ade teori ke pasal ni? da 2malam da aku pikir pasal ni. help help help!





p/s: berusaha gigih untuk berskipping efficiently.:). nak kurus ni nak kurus.

Benih benih iman.

Assalamualaikum dan hai.



Tajuk entry bukan main. da macam gaya ustazah bagi tazkirah pas magrib


Memang aku takde keje pon. eh bukan takde, malas sebenarnya. rasa macam da lama aku tak menghabiskan masa ngan blog picisan aku ni. hari ni nak update entry sampai tenggelam keyboard ni. ade brannn??



Ok, intro takde kaitan.



Entry ni tujuannye nak berkongsi ilmu sikit. mende ni mende baru la bagi aku. tak tau la kalo korang rasa macam da basi berkulat kan.



Meh meh tengok meh.
 

  1. Bila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.

    Haa. ni khas untuk korang yang kuat muat bersukan tu. duk lari lari, lompat lompat, sampai basah lencun baju tu, tiba tiba datang angin yang menderu dan menyapa nyapa tubuh korang. fuh, heaven kan? bukan takat tu, badan pon chat walafiat kan. so sape sape yang rasa berat tubuh nak berjoging tu, jangan la duk manjekan sangat tubuh ko tu. silap silap nanti gemuk macam aku, nak? (aku pon ngah gigih nak kurus ni.)

  2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

    Kadang kita pikir kita da kuat bersenam. tiap petang p joging. 2 3 kali seminggu p gym. tapi lekat jugak virus. pelik bin ajaib bin tertanya tanya kan? panjang lak name atok die. sebenarnya, dalam bahasa mudahnya kat sini, nak suh korang rajin bangun mandi pagi. ni tak, kalo tak kul 10 tak bangun. air dingin pagi tu bagos. lagi efisien, sebelom subuh tu. bangun awal pagi, mandi. sejuk memang sejok, aku tau tu. tapi nak lawan virus tak? kalo nak lagi berkat, pas mandi amek wuduk, wat qiamullail. tengok la. berderet deret makcik pakcik nak amek jadik menantu tau.

     
  3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.

    Haa, ni la yang korang nak kan? aku tau da. so rerajin la awalkan solat subuh tu ye. ni tak, dalam seminggu tu, 6 kali subuh gajah, sekali je awal waktu. tu pon sebab terjaga sebab tak tahan nak kencing. bese camtu la, aku tau sangat. sebab aku pon camtu gak. kadang la. kadang kadang je. so, nak subur tak? hehe.



haa. pic ni tujuannye nak tunjuk ala ala kecomelan gitu. comel tak aku? hah tak? majuk tekup muka.:(



Adoi, panjang sangat la plak. aku tak suka sangat sebenarnya nak abeskan masa orang nak baca entry aku ni. kalo pendek pon brape sangat la yang baca, kalo panjang macam jarak dari bumi ke matahari, memang kecut kat sini je rasanya entry ni.



Yeye, minggu ni nak balik kampung. 


Eh tetibe. 


Bia r. jeles??





p/s: aku da turun 2kilo. caya tak? hehe

Entry kosong.


Assalamualaikum dan hai.



Entry di kala ditinggalkan sorang diri kat umah yang mewah lagi lemak berkrim ni. 



2 april 2012. kalo kira tambah tolak darab bahagi, da tak lame mane da aku bakal letak jawatan sebagai student yang terbaik di uni ni. pejam celik pejam celik, rasa macam baru je duk tarik beg masok perlis ni dulu. ingat lagi betapa inesennye aku time mula mula menjejakkan kaki tangan kepala kat bumi perlis ni. bukan takat inesen, paling takley blah bila sifat kemanja manjaan aku terserlah bilamana aku meratapi kepulangan famili aku ke terengganu, tinggal aku sorang diri kat hujung negara ni. sedih woo, rasa macam mak tak sayang je time tu. 



Tapi la ni, aku da makin dewasa. rasanya da cukup matang untuk membuat keputusan sendiri. 4tahun aku di bumi perlis ni, cukup mengajar aku erti hidup berdikari. 



Eh eh terskema plak ayat aku. huh


Bukan ke ko memang skema? 


Bukan skema la, budak baik. haha



Malas nak tekan mesin kira kira, aku assume da hampir 3tahun 9bulan 2 hari aku kat negeri sebelah thailand ni. siyes weh, rasanya kalo terlebih satu lagi langkah kan, aku da masok thai da. da bleh kawan da ngan payapa dalam citer ice lemon tea tu. ke ape name dia? da macam papaya da aku dengar.



Fyp plak tak siap siap lagi. masalah betol bila berkomunikasi ngan orang yang susah nak paham ni. sikit pon takde rasa nak consider kawan. kemon la, kalo takde aku tak ke mane jugak la projek ko. aku takla kata projek ko aku yang run, tapi kita sama sama kot. patotnya kene ade la hati naluri nurani dalam diri tu, jangan pikir diri sendiri je. adeh, payah la orang camni. malas nak cakap banyak kan, kang perang kang. panas line da ni.

Banyak benda duk main kejar kejar dalam pale ni. kalo ade yang main sorok sorok lagi payah. terpaksa lak aku perah otak sampai kering nak pikir kat mane la dorang nyorok. tak ke haru tu?



Luaran aku takde la nampak tense kan? aku payah la nak tunjuk kalot sangat. kecuali kalo orang tu rapat giler giler ngan aku, memang dia je yang akan tau aku ngah kalut tym tu. 



Woh, da melalut entry ni. lampu merah lampu merah, stop stop stop.




makin jauh kita jalan, makin dekat kita dengan destinasi tu.



p/s: kadang Allah hilangkan matahari dan turunkan hujan. puas kita menangis mencari di mana matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...