Friday, May 20, 2011

Pergi tak kembali.







Setiap yang hidup pasti akan mati. pasti akan tiba masanya menemui Sang Pencipta. cuma depends pada diri sendiri, sejauh manakah kita bersedia menghadapNya? penuhkah ilmu duniawi dan ukhrawi dalam diri?

Sejuta ucapan takziah aku ucapkn pada family arwah blogger terkenal, telordibasuh. walaupun aku tak kenal pun arwah, tapi aku giler terkejut dengar berita ni. mane taknye, blog dia memang jadik kewajipan aku slalu bukak. tengok pada gaya penulisan, aku sure sangat yang arwah merupakan sorang yang ceria.

Pemergian arwah mengadap Ilahi cukup menggambarkan bahawa bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil. namun, adakah kita sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan tu? renung-renungkan dan selamat beramal!

Sriyes rasa sebak jugak. blog arwah memang da lama duk dalam bloglist aku. mulanya aku pun ada terfikir, nape arwah da tak updet?selalunya blog arwah memang slalu terupdate.

Tapi siapa kita nak melawan ketentuanNya?

Kepada keluarga arwah, aku personally mengucapkan sejuta takziah di atas pemergian arwah. kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al fatihah.


p/s: Allah lebihkan sayangkan arwah. bilakah masanya kita akan menyusul?

Tuesday, May 17, 2011

Sedap jugak nasi goreng basi.hehe

Haha. korang pernah makan nasi goreng basi? siyes best. tak caya try la.

Pukul 630 petang, aku sampai rumah. time ni la baru nak semayang asar. ye, memang sejak masuk praktikal ni, Asar aku selalu lambat. kesal jugak rasanya. tapi bukannya aku sengaja. sebenarnya umah aku dari kilang lebih kurang 30minit, ataupun lebih. tapi disebabkan aku naik prebet, corner kiri corner kanan, 630 jugak la aku sampai umah. sebab tu la aku berkeras ngan mak aku yang aku nak drive, tapi mak macam tak yakin sangat ngan aku. takpela, nasihat ibu ni takleh wat main-main. mak sayang aku kan, aku kan anak manja mak. hahaha

Ehhh, intro je tu. mukadimah menarik tu semestinya penting. baru best karangan kan? ni cikgu aku yang ajar, sejak aku darjah 6 lagi. mesti bangga kalau cikgu tu baca entry aku ni. aku still ingat nasihat beliau.

Oke. hari bersejarah tu kan. aku balik keje kepenatan. lapar la plak rasa. tengok-tengok bawah tudung saji ade nasi goreng pagi tadi. macam best je. 

" Mak, kakcik nak makan nasi goreng ni ye. ok lagi ni kan?"

" Tengokla oke ke tak. mak tak tau. kalau oke amekla makan."

Aku pun cedok masuk pinggan. aku campur ngan nasi putih sikit sebab nak nampak variety. kalau korang tak pernah makan macam aku wat ni, try la. campur nasi goreng ngan nasi putih. gaul-gaul, makan ngan ayam goreng ke, ikan goreng ke. fuh, beshhh.

Masa nak cedok nasi goreng tu, aku da nampak melekit-lekit. eh takde pape kot. cium-cium macam takde lak bau pelik. makan-makan. 

Errkk! alhamdulillah.(sambil tutup mulut). da abes da nasi goreng campur nasi putih. hehe

" Mak, kakcik rasa nasi goreng ni macam da basi la. lain je nampak."

" Abes tu yang kakcik makan gak tu nape?"

" Tak tau, tadi macam tak basi ag."

" Da abes, baru sedar ek nasi goreng basi?heehe." ayah gelakkan aku.

" Betol la cik, nasi goreng ni da basi. kakcik makan nasi goreng basi tadi."


Nak muntah pun takleh da. sume da masuk perut. geli kot anak cucu cicit tekak aku bila tau aku makan nasi goreng basi. waaaa..

" Mak takot kakciik sakit perut je nanti."

Tapi mujo la takde jadi pape. tak sakit perut, tak sakit pe.

Moralnya, jangan main hentam je ye kalau ye pun lapar. hehe


nasi goreng..sekadar hiasan


p/s: banyak jugak aku makan nasi goreng tu. bila ingat balik, trauma jugak aku bila tengok nasi goreng.huhu

Saturday, May 14, 2011

Aiyakkk!

Heloooo..

Aiyakkk. sok da keje balik. dush3.(tumbuk muka sendiri)

Hey you! i miss u la..

Miss me not?


xoxo

Friday, May 6, 2011

FM plastic industries sdn bhd.

Yes! abes sudaaa seminggu. aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku sebagai student Unimap. berLI di kilang plastik dekat2 je ngan umah aku. 

So far, oke la kot. aku bukan taknak komen pasal kilang tu, tapi kalau ikot hati nak komen, mau nye berjela panjang entry aku kali ni.

Seminggu ckup aku bekerja kat sana. aku diletakkan under QC department. or dengan kata lain, quality control department. ataupun dengan bahasa ruminya, kawalan kualiti. supervisor aku? fuh. lelaki. muka siyes dowh. nak senyum tu payah la. orangnya bole tahan la, chinese look. tapi sory la, orang punye da tu. bapak orang da.hehe. so far, oke la. orangnya tak la kerek sangat. banyak la aja aku.

Tapi yang tak bestnye, takde elaun la beb. adoii. sape tak sedey, dekat 3 bulan kot berkorban tido, bangun awal pagi, tapi macam takde benefit je. haha. nampak sangat tak ikhlas kan? haha. pedulik! ade aku kisah?

Tak kisahla kan. walau berguni-guni aku komen pon, bukan ade effect kan. lain la kalau HR company tu bole search aku nye blog ni, pastu baca isi hati perut limpa aku ni, terus bagi aku elaun bulanan 500. haha. sape taknak?

Okela beb. malas nak cakap banyak. ecehh, macam la kua suara kan. stop2.

p/s: lesen masih berkarat dalam purse tu. huhu. xlepas lampu ijau la kawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...